Destinasi Percutian Hujung Minggu Yang Menarik

Pada cuti hujung minggu pasti ramai ingin meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Bagi menikmati percutian ini, disenaraikan beberapa lokasi menarik untuk berehat dan berseronok seperti berikut:

Traworld
Sumber : Traworld

1. Genting Highlands

Bercuti di tempat sejuk sambil melakukan aktiviti menarik adalah percutian ideal bagi orang ramai. Suhu nyaman dan pemandangan mempesonakan di Genting Highlands menjadi destinasi percutian pilihan. Terdapat pelbagai tarikan unik dan cantik untuk dikunjungi di sini seperti Skyworld, Skytropolis, Strawberry Leisure Farm, Awana Skyway, Happy Bee Farm, Butterfly Wonderland, Awana Golf dan banyak tempat menarik lagi.

HolidayGoGoGo
Sumber : HolidayGoGoGo

2. Bukit Fraser

Bukit Fraser atau ‘Fraser Hill’ merupakan destinasi pilihan untuk menikmati pengalaman percutian dingin di dalam negara. Terletak 2 jam dari Kuala Lumpur, Bukit Fraser menampilkan pelbagai tarikan popular dan aktiviti menarik yang bakal menghibur anda sekeluarga.

Menara Jam Bukit Fraser, Bird Interpretive Centre, Allen’s Water, Air Terjun Jeriau, Taman Flora Bukit Fraser, menunggang kuda di The Paddock, menikmati skon enak di Ye Olde Smokehouse dan sebagainya di sini. Sekiranya anda ingin melakukan aktiviti lasak seperti ‘hiking’, anda boleh mengunjungi Hemmant Trail Fraser atau Twin Peak Pine Tree Hill untuk mencabar diri sambil menikmati pemandangan alam sekitar yang memukau jiwa.

Tiara Escapes
Sumber : Facebook Tiara Escapes

3. Janda Baik

Gaya hidup sibuk dan penuh tekanan tidak harus menjadi halangan untuk anda menikmati percutian tenang. Kunjungi Janda Baik jika anda ingin percutian tenang dikelilingi alam sekitar. Janda Baik terkenal dengan banyak tempat menarik untuk ‘glamping’ seperti Twinkle Villa Janda Baik, Sailor’s Rest Resort, Tiarasa Escapes, Canopy Villa Glamping Park dan sebagainya.

Dilengkapi dengan tapak perkhemahan dan kelengkapan penginapan, anda boleh melakukan banyak aktiviti yang pastinya memberikan anda satu kenangan percutian yang menarik. Antaranya ialah bermandi-manda di sungai, main permainan tradisional, ‘jungle trekking’, memancing, memasak barbeku, ‘white water rafting’, ‘waterfall abseiling’ dan lain-lain. Ketenangan luar biasa boleh dirasai di tempat-tempat ‘glamping’ ini.

Uncle Wong Fb
Sumber : Facebook Uncle Wong Farm

4. Port Dickson

Pantai perangingan yang terletak tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur sentiasa menjadi tumpuan para pelancong khususnya bagi menikmati percutian hujung minggu. Selain mengunjungi pantai, anda boleh melawat Rantau Eco Park untuk melihat kawasan rekreasi, melakukan aktiviti mencabar seperti ATV, pedal boat dan kayak di Uncle Wong Happy Farm, melihat 50 lukisan 3D beraneka tema di Alive 3D Art Gallery dan sebagainya lagi.

Terdapat juga tempat makan sedap yang boleh anda kunjungi untuk menjamu selera seperti Itik Salai Masthar Port Dickson, Kafe Kampung Kaw, Restoran Deen Kari Kepala Ikan, Ayam Bakar Station Port Dickson dan lain-lain. Tunggu apa lagi? Cepat tempah tempat penginapan dan nikmati percutian anda!

City Center in Melaka
Sumber: Freepik freestockcenter

5. Melaka

Melaka merupakan destinasi popular yang paling sesuai untuk seseorang melakukan pelancongan hujung minggu. Terdapat banyak tempat tarikan pelancongan yang wajib anda kunjungi seperti melihat keindahan bandar bersejarah tanpa sebarang gangguan dengan menaiki bot di Melaka River Cruise.

Selain itu, menikmati makanan dan melakukan aktiviti beli-belah di Persiaran Jonker ‘Jonker Walk’. Lihat pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka dari ketinggian 110 meter dengan menaiki Menara Taming Sari. Mengetahui sejarah, asal-usul dan tradisi kaum dengan melawat Muzium Warisan Baba Nyonya yang terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!