Punca Kebocoran Minyak Enjin

Minyak enjin berfungsi untuk menyejuk, membersih dan melincirkan pergerakan enjin. Kebocoran minyak enjin boleh menjejaskan prestasi enjin dan mengganggu kelancaran pemanduan. Dengan ini, ketahui antara punca kebocoran minyak enjin seperti berikut:

1. Kedap Minyak

Kedap minyak atau lebih dikenali sebagai ‘oil seal’ berfungsi untuk memastikan minyak enjin daripada bocor serta digunakan untuk melindungi aci dan galas daripada kemasukan kotoran dan bendasing. Kebocoran minyak enjin boleh berlaku akibat tersilap pasang kedap minyak, menggunakan kedap minyak tiruan atau ketika menukar ‘timing belt’.

Lakukan pemeriksaan di kawasan ‘timing belt’ dan ‘water pump’ untuk melihat kebocoran minyak enjin. Sekiranya terdapat kebocoran, segera dapatkan bantuan lanjut di pusat servis terdekat untuk menggantikan kedap minyak baharu.

2. Penutup Minyak Enjin

Satu lagi punca minyak enjin bocor adalah disebabkan penutup minyak enjin. Tekanan daripada enjin akan memberi tekanan pada penutup pengisi minyak. Hal ini akan menyebabkan minyak bocor di sekitar kawasan penutup minyak enjin jika penutup tidak ditutup dengan betul, longgar atau hilang.

3. Penakung Minyak Enjin

Penakung minyak enjin atau dikenali sebagai ‘oil sump’ membantu menyejukkan minyak enjin dengan membebaskan haba ke udara sekeliling. Sekiranya terdapat masalah pada penakung minyak enjin, ia akan menyebabkan kebocoran pada palam buang ‘drain plug’ atau di antara penakung minyak enjin dan blok enjin.

4. Penutup Kepala Gasket

Kesan minyak daripada bahagian atas enjin berlaku apabila kereta anda mempunyai masalah perbatuan yang tinggi dan sudah lama beroperasi. Tanda ini jelas menunjukkan anda perlu menukar penutup kepala gasket atau ‘seal’ pada bahagian enjin ‘rocker cover’ kerana seal tersebut sudah gagal menahan kebocoran.

5. Oil Drain Plug

Oil drain plug’ atau palam salir minyak biasanya dikeluarkan dan dipasang semula selepas menukar minyak enjin. Proses ini yang berlaku setiap kali semasa penyenggaraan minyak enjin boleh menjadi punca kebocoran kerana ia sering diusik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!