Memandu Dengan Selamat Ketika Musim Percutian

Kadar kemalangan jalan raya terutamanya ketika musim percutian semakin meningkat. Bagi menjaga keselamatan anda di atas jalan raya, disenaraikan beberapa tips pemanduan selamat yang perlu dipatuhi seperti berikut:

1. Penyenggaraan Kenderaan

Sebelum melakukan perjalanan jauh adalah penting untuk menyenggara kereta agar tidak mengalami sebarang kerosakan semasa memandu. Pastikan anda periksa takat minyak enjin, brek, penyejuk, keadaan tayar, pengelap cermin, sistem brek dan lain-lain komponen sebelum memulakan perjalanan anda. Bagi memudahkan kerja anda, hantar kereta ke pusat servis terdekat untuk melakukan pemeriksaan segera.

2. Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak adalah sangat penting bagi menjamin keselamatan kanak-kanak ketika berada dalam kenderaan. Kerusi keselamatan kanak-kanak akan melindungi mereka semasa berlakunya perlanggaran dengan cara mengurangkan risiko kecederaan yang mungkin dialami oleh kanak-kanak. Pastikan ibu bapa memilih kerusi keselamatan kanak-kanak yang bersesuaian dengan anak anda supaya ia dapat melindungi mereka daripada kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

3. Kit Kecemasan

Sentiasa pastikan menyimpan kit kecemasan dalam kereta supaya dapat membantu anda sekiranya berlaku kecemasan dalam perjalanan. Dengan adanya kit kecemasan, anda boleh menghadapi dugaan kereta rosak di tengah jalan dengan baik. Alat penting seperti pengecas telefon pintar, kit pertolongan cemas, tiga segi amaran, kabel jumper, alat utiliti serbaguna, tayar dan sebagainya perlu disediakan sebelum memulakan perjalanan anda.

4. Merancang Perjalanan

Merancang perjalanan awal dapat membantu anda mengelakkan terperangkap dari kesesakan lalu lintas. Ketahui keadaan jalan raya dan dapatkan maklumat terkini mengenai keadaan jalan menerusi radio atau laman web rasmi lebuh raya supaya dapat menggunakan jalan alternatif bagi menghindari kesesakan.

5. Pilih Rakan Kembara Yang Sesuai

Memilih rakan kembara yang sesuai terutamanya yang mahir memandu kereta dan dapat meneman anda sepanjang perjalanan adalah penting. Hal ini kerana anda boleh minta tolong rakan tersebut untuk memandu kereta jika anda rasa mengantuk atau menjadi rakan berbual sepanjang perjalanan.

6. Mematuhi Peraturan Jalan Raya

Kadar kemalangan mencatatkan trend meningkat ketika musim perayaan dan percutian. Bagi mengelakkan situasi ini, anda perlu mematuhi peraturan jalan raya sepanjang perjalanan supaya menjamin keselamatan anda, penumpang dan pengguna jalan raya lain. Jadilah pemandu yang berhemah, bertolak ansur dan menghormati orang lain ketika berada di atas jalan raya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!