Cara Mencegah ‘Microsleep’ Ketika Memandu

Tidurmikro atau lebih dikenali sebagai ‘microsleep’ adalah suatu keadaan di mana ia berlaku apabila badan seseorang berada dalam keadaan letih hingga menyebabkan anda tertidur seketika semasa memandu. Ia merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa. Memandu kereta apabila anda mengantuk adalah sangat bahaya bukan sahaja untuk diri sendiri malah bagi pengguna jalan raya lain. Bagi mengelakkan situasi ini, berikut disenaraikan cara mengatasi ‘microsleep’:

1. Mendapatkan Tidur Secukupnya

Mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk mengatasi masalah ‘microsleep’ semasa memandu kereta. Bagi kebanyakan orang dewasa, 7 hingga 9 jam setiap malam adalah jumlah waktu tidur yang ideal. Memandu dalam keadaan mengantuk atau kurang tidur boleh menyebabkan anda terlibat dalam kemalangan. Oleh itu, pastikan anda rehat secukupnya sebelum melakukan perjalanan.

2. Mendengar Lagu

Memandu lewat malam juga boleh menyebabkan pemandu cepat mengantuk. Bagi mengelakkan situasi ini, anda digalakkan untuk mendengar lagu-lagu rancak bagi mengaktifkan otak daripada tidur dalam keadaan sedar.

3. Amalkan Rutin Tidur Yang Baik

Rutin tidur yang betul adalah amalan yang baik bagi memastikan anda mendapat jumlah tidur yang berkualiti. Ia juga membuatkan kita berasa lebih segar pada keesokan harinya. Berikut merupakan beberapa cara untuk memastikan tubuh badan anda mendapat tidur malam yang baik dan mencukupi:

• Ikut jadual tidur yang ditetapkan. Pastikan tidur awal supaya dapat bangun awal dengan cergas.
• Elakkan pengambilan kafein 4 hingga 6 jam sebelum tidur.
• Kurangkan bunyi bising, cahaya dan suhu panas atau sejuk yang berlebihan di dalam bilik.
• Jauhkan alatan elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba, komputer tablet dan sebagainya sewaktu tidur.
• Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan pada waktu malam.
• Lakukan aktiviti yang menenangkan sebelum tidur seperti meditasi, membaca atau mendengar lagu yang menenangkan.

4. Berehat di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R)

Segera berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sekiranya anda berasa mengantuk atau hilang fokus ketika memandu. Pastikan anda rehat dan tidur sebentar antara 15 minit hingga 30 minit di tempat selamat sebelum meneruskan semula perjalanan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!