Petua Penyenggaraan Brek

Penyenggaraan kereta secara berkala sangat penting bagi memastikan kenderaan bergerak dengan lancar. Namun, ramai mengabaikan penyenggaraan kereta terutamanya sistem brek yang menyebabkan berlakunya kerosakan dengan cepat. Dengan ini, disenaraikan beberapa petua penyenggaraan brek yang perlu diberi perhatian seperti berikut:

Two black brake pads on white background

1. Periksa Pelapik Brek Dan Rotor

Jika anda mengalami kesukaran untuk membrek, menekan brek lebih kuat, masa untuk memberhentikan kenderaan meningkat secara drastik atau terdapat bau terbakar, segera bawa kereta ke pusat servis yang terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana situasi berikut menunjukkan terdapat masalah atau kerosakan pelapik brek atau rotor brek.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk periksa keadaan pelapik brek dan rotor brek sama ada ia haus atau rosak supaya dapat gantikan dengan segera sebelum mengalami kerosakan teruk.

2. Menukar Bendalir Brek

Bendalir brek yang telah lama digunakan berpotensi untuk menyerap kelembapan dan boleh merendahkan kebolehan titik didihnya. Hal ini juga boleh menyebabkan komponen brek berkarat dan sistem brek kenderaan akan menjadi kurang efektif. Oleh itu, anda disyorkan untuk menukar bendalir brek setiap setahun atau 30,000 km agar sistem brek berfungsi tanpa sebarang masalah.

3. Menggantikan atau Naik Taraf Komponen Brek

Gantikan atau menaik taraf komponen brek kepada alat ganti berprestasi tinggi seperti menukar pelapik brek jenis seramik yang lembut dan tidak menghasilkan bunyi, habuk, tahan lama serta tidak perlu ditukar dengan kerap. Menaik taraf dan menggantikan tepat pada masanya akan meningkatkan jangka hayat dan prestasi sistem brek kenderaan anda.

4. Melakukan Penyenggaraan Brek Secara Berkala

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kerosakan sistem brek seperti brek mengejut, cuaca, alat ganti yang tidak berkualiti dan banyak lagi. Salah satu cara paling berkesan untuk memastikan prestasi dan penjimatan kos penggantian brek adalah dengan melakukan penyenggaraan.

Pastikan anda melakukan penyenggaraan berkala agar sistem brek serta komponen brek berfungsi secara optimum. Ia juga penting untuk pemanduan yang selamat dan mengelakkan kerosakan pada situasi yang tidak diingini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!