Cara Pemasangan Bendera Yang Betul

Bendera Jalur Gemilang adalah satu lambang dan identiti negara yang perlu disanjung oleh setiap warganegara. Ramai menunjukkan semangat patriotisme dengan menghias rumah, premis perniagaan, sekolah dan kenderaan dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang mengikut kreativitinya. Namun, terdapat beberapa cara pemasangan bendera yang betul perlu diikuti oleh anda kerana Jalur Gemilang dikibarkan secara tertib sebagai lambang kebesaran dan kedaulatan negara.

Cara Pemasangan Jalur Gemilang

Bendera Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja untuk saiz biasa. Bendera tidak boleh digantung secara terbalik dan tidak boleh digantung secara menegak.

EDM Bendera-02

Sekiranya bendera disambung dalam kuantiti yang banyak iaitu secara ‘flagline’, kedudukan bendera haruslah dipasang secara melintang. Bendera tidak boleh disambung dalam kedudukan menegak dengan kuantiti yang banyak.

EDM Bendera-01

Bendera Kereta

Bendera kereta dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah, kanan atau kiri kereta. Di peringkat Persekutuan, amalan menggunakan bendera kereta hanyalah dikhaskan kepada pembesar-pembesar tertentu iaitu:

i) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (bendera peribadi).
ii) Pelawat-pelawat negara asing yang mendapat taraf Tetamu Negara/ Kerajaan (Bendera Peribadi atau bendera negara masing-masing).
iii) Duta-Duta Negara Asing di Malaysia (Bendera negara masing-masing).

EDM Bendera-03

Saiz Bendera

• Lebar bendera – 15.25 sm (0.5 kaki).
• Panjang bendera – 30.5sm (1 kaki).
• Ketinggian tiang bendera – 40sm.
• Garis pusat tiang bendera 1 sm.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!