Tanda Pam Stereng Kuasa Bermasalah

Pam stereng kuasa berfungsi untuk memberi tekanan kepada cecair hidraulik yang membantu pemandu memusingkan stereng. Pengabaian penjagaan pam stereng kuasa boleh menyukarkan pemanduan kereta. Disenaraikan beberapa tanda pam stereng kuasa bermasalah seperti berikut:

FB_IMG_1469269183531
Sumber : pandulaju.com.my

1. Sukar Membelok

Pam stereng yang tidak berfungsi dengan optimum akan menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk membelok atau memusing stereng ke arah tertentu. Segera lakukan pemeriksaan di pusat servis bertauliah untuk mendapatkan bantuan pembaikan lanjut.

2. Kebocoran Bendalir Stereng Kuasa

Jika anda perasan terdapat cecair berwarna coklat kemerahan di bawah kereta adalah tanda berlakunya kebocoran bendalir stereng kuasa. Bendalir stereng yang bocor akan menjejaskan fungsi stereng. Kebocoran ini boleh berlaku pada saluran hos ataupun pada ‘reservoir tank’. Jika anda mengabaikan keadaan ini ia hanya akan menyukarkan anda ketika memutar stereng dan mengawal kereta.

3. Bendalir Stereng Kuasa Berwarna Kelabu

Bendalir stereng kuasa memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan kelancaran pergerakan stereng. Perubahan warna bendalir ke warna kelabu boleh menjadi petanda bahawa pam stereng kuasa bermasalah. Hal ini kerana pam stereng kuasa yang rosak boleh membenarkan udara berlebihan masuk dan mengoksidakan bendalir hingga menjadikannya berwarna kelabu. Bagi mengelakkan berlakunya perubahan warna, pastikan anda menggunakan bendalir stereng kuasa yang berkualiti agar ia berfungsi dengan baik.

4. Bunyi Bising

Bunyi bising apabila memusing stereng adalah satu tanda stereng kuasa bermasalah. Hal ini berlaku kerana ‘vane pump’ pada stereng kuasa tidak lagi berfungsi dengan baik. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis berdekatan sekiranya anda mendengar sebarang bunyi pelik ketika memandu agar dapat mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

Punca Pam Stereng Kuasa Gagal

• Cecair stereng yang tercemar.
• Paras bendalir stereng kuasa rendah.
• Tali pinggang pemacu yang usang atau patah (tali pinggang stereng kuasa).
• Aci engkol atau takal stereng kuasa yang haus.
• Hos retak atau pengapit hos yang mengurangkan tekanan hidraulik pada gear stereng.
• Pengabaian penyenggaraan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!