Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan kenderaan kerana mengurangkan prestasi dan kecekapan kereta. Penjajaran roda perlu berada dalam keadaan yang baik untuk memberi kawalan yang maksimum dan membolehkan semua roda berputar dengan betul dan sempurna ketika memandu. Disenaraikan tanda-tanda kereta memerlukan penjajaran roda seperti berikut:

1. Tayar Haus

Tayar haus tidak sekata adalah tanda penjajaran roda yang tidak seimbang dan memerlukan perhatian untuk pemanduan lancar serta selesa. Kedudukan tayar kereta yang tidak betul boleh mengakibatkan tayar makan dalam dan kehausan tayar berlaku secara tidak sekata. Memandu dengan tayar yang rosak boleh menjejaskan jangka hayatnya serta boleh meningkatkan risiko letupan tayar semasa memandu. Oleh itu, lakukan pemeriksaan segera di pusat servis berdekatan bagi mengelakkan kerosakan komponen-komponen lain pada kereta.

2. Kenderaan Menghala ke Satu Arah

Sekiranya anda mendapati kereta menghala ke satu arah segera melakukan pemeriksaaan penjajaran tayar di pusat servis bertauliah bagi memastikan tayar anda berada dalam posisi yang betul. Hal ini berlaku kerana tekanan udara kurang atau terdapat masalah pada sistem gantungan kereta yang menyebabkan kereta anda diheret ke satu arah. Memandu dalam keadaan ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

3. Roda Stereng Tidak Kekal Berpusat Semasa di Jalan Lurus

Pernahkah anda perasan stereng tidak kekal berpusat semasa di jalan lurus? Jika ya, anda perlu segera ke pusat servis berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana apabila kenderaan bergerak dengan sendiri ke kiri atau kanan dan tidak mengekalkan laluan lurus menunjukkan roda anda tidak sejajar. Ia juga akan menyukarkan anda untuk mengekalkan kawalan serta meningkatkan kemungkinan pemandu mengalami kemalangan.

4. Getaran Pada Stereng

Jika stereng kereta bergetar terutamanya apabila memandu pada kelajuan yang tinggi, menunjukkan roda kereta tidak sejajar. Getaran pada stereng berlaku kerana roda kereta menarik ke arah bertentangan. Penjajaran yang seimbang akan memastikan kenderaan anda lurus bukan berfungsi sebaliknya. Pastikan anda periksa kenderaan sebelum berlaku kerosakan lain serta memastikan pemanduan yang selamat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!