Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan antara kecuaian yang membawa padah seperti berikut:

1. Tidak Mematuhi Jadual Penyenggaraan

Ramai pemandu kenderaan gagal mematuhi jadual penyenggaraan yang menjadi punca utama berlakunya kerosakan komponen kereta serta kemalangan. Mematuhi jadual penyenggaraan dapat membantu anda mengesan sebarang kerosakan kenderaan lebih awal dan dapat mengelakkan kos pembaikan yang tinggi serta memastikan kereta berjalan dengan lancar.

Jadual servis memainkan peranan utama bagi memberi peringatan untuk anda menyenggara kenderaan sebelum berlakunya masalah serius. Pastikan anda melakukan penyenggaraan berdasarkan jadual penyenggaraan yang ditetapkan supaya kereta dapat mencapai tahap operasi yang optimum.

2. Meredah Banjir

Salah satu punca komponen kereta mengalami masalah secara kerap adalah meredah banjir. Antara komponen kereta yang boleh rosak jika anda bersikap tidak bertanggungjawab dengan meredah banjir adalah enjin, fius, komponen unit kawalan elektronik, penapis udara, minyak pelincir dan lain-lain.

Anda tidak sama sekali dibenarkan untuk meredah jalan yang telah dinaiki air. Aliran arus air yang deras boleh menghanyutkan kenderaan yang dipandu oleh seseorang serta merosakkan komponen kereta. Pastikan anda sentiasa berwaspada sebelum mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kereta.

3. Membaiki atau Menyenggara Kereta Sendiri

Membaiki atau menyenggara sendiri kenderaan terutamanya selepas berlakunya kemalangan adalah kecuaian yang boleh membawa padah. Anda tidak sama sekali digalakkan untuk membaiki atau menyenggara kereta sendiri selepas kemalangan kerana mungkin tidak dapat mengenal pasti kerosakan dibahagian lain. Pastikan anda menghantar kereta ke pusat servis terdekat untuk menjalani pemeriksaan secara terperinci.

4. Tidak Memeriksa Kenderaan

Tidak memeriksa kenderaan terutamanya selepas melanggar objek yang tidak diingini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan komponen. Tabiat sambil lewa dan ambil mudah ini adalah antara penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya kerana mengalami kerosakan kereta. Bagi mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini, pengguna kereta digalakkan untuk sentiasa melakukan pemeriksaan kereta walaupun berlaku pelanggaran kecil.

Pengguna atau pemandu perlu mengambil iktibar dengan sentiasa mengambil sikap berwaspada dan bertanggungjawab serta memikirkan kesan daripada keputusan yang diambil bagi menghindar sebarang masalah berpunca daripada kecuaian.

Bagi pelanggan SPANCO anda dinasihatkan untuk menghubungi kami menerusi Aplikasi Mobil SPANCO atau Laman Web di www.spanco.com.my atau melalui Talian Bebas Tol 24 jam SPANCO di 1800-88-6999 untuk sebarang aduan ataupun mendapatkan bantuan segera apabila berlaku kecemasan atau kerosakan kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!