Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik beberapa pertandingan menarik telah dianjurkan bagi warganegara Malaysia. Disenaraikan antara pertandingan yang boleh anda sertai seperti berikut:

klik28072022

1. Pertandingan [email protected]

Pertandingan [email protected] adalah satu pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bertemakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas. Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini dikehendaki mengambil gambar dengan berlatarkan elemen kemerdekaan, berunsurkan nilai kenegaraan dan patriotisme berserta kapsyen kemerderkaan yang kreatif perlu di post dalam laman sosial Instagram.

Tempoh pertandingan ini pula bermula pada 1 Ogos hingga 16 September 2022. Tunggu apa lagi, sesiapa yang mempunyai minat dalam bidang fotografi ini adalah peluang terbaik untuk anda menyertai pertandingan dan menonjolkan kemahiran anda. Bagi maklumat lanjut layari laman web rasmi penganjur.

3

2. Pertandingan Bintang Patriotik Smule

Adakah anda seorang penyanyi? Marilah sertai Pertandingan Bintang Patriotik Smule yang berlangsung dari 14 Ogos hingga 10 September 2022. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Sesiapa yang berminat menyertai pertandingan ini perlu menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagu patriotik dan sebuah lagu bebas pilihan peserta. Bagi mengetahui maklumat lanjut pertandingan, anda boleh melayari laman web ini.

MyDoodle-2022-1080p-X-864p-819×1024

3. Pertandingan Mewarna dan Melukis [email protected]

Kanak-kanak yang ingin mencungkil bakat dan kreativiti boleh menyertai pertandingan mewarna dan melukis [email protected] yang akan bermula pada 16 Ogos hingga 16 September 2022 melalui medium media sosial. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 5 tahun hingga 17 tahun.

Terdapat dua kategori pertandingan iaitu melukis doodle dan mewarna doodle. Bagi melukis doodle ia dibuka kepada dua kategori iaitu kategori A (13-15 tahun) dan kategori B (16-17 tahun). Manakala bagi pertandingan mewarna doodle pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori A (5-6 tahun), kategori B (7-9 tahun) dan kategori C (10-12 tahun). Bagi sebarang maklumat lanjut anda boleh melayari laman web penganjur.

1

4. Sayembara Sajak Merdeka

Sayembara Sajak Merdeka 2022 adalah pertandingan yang diadakan bagi memupuk dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Program ini terbuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang berumur 18 tahun sehingga 30 tahun yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Pra- Universiti.

Peserta hendaklah menulis sajak bertema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ untuk menzahirkan rasa kecintaan terhadap Tanah Air. Penulisan sajak adalah dalam Bahasa Melayu dan hendaklah merupakan hasil karya asli (bukan ciplak, saduran, adaptasi atau penyesuaian yang membawa pengertian bukan karya asli). Peserta juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat penyertaan di laman web penganjur.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!