Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan 2022

Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 dan Hari Malaysia ke-59 pada tahun ini sangat berbeza selepas pandemik. Tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia juga unik selaras dengan situasi dialami negara ketika ini.

Tema

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 yang dipilih adalah ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia. Ia diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa. Tema ini juga dipilih bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan rakyat Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang pandemik.

logo-hari-kebangsaan-2022-1
Sumber : ecentral.my

Logo

Logo Hari Kebangsaan tahun ini sangat unik iaitu logo berkonsepkan jalur liputan internet yang melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Berdasarkan logo tersebut, tiga calitan gelombang dengan warna biru, merah dan kuning adalah cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.

Titik merah pada logo pula melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. Manakala, kedudukan yang berselang-seli melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Acara Tahun 2022

Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini sebanyak tiga aktiviti utama akan diadakan iaitu pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.

Selain itu terdapat juga aktiviti lain seperti pertandingan ILHAM Merdeka Tik Tok Challenge, Pertandingan [email protected], Pertandingan Bintang Smule, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna dan Melukis [email protected], Program Pengisahan Kenegaraan, Sayembara Sajak Merdeka akan diadakan sepanjang bulan kebangsaan bagi memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan Keluarga Malaysia.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!