5 Langkah Mudah Untuk Melindungi Cermin Hadapan Kereta Anda

Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati ketika memandu kereta terutamanya apabila hujan demi mengelakkan kemalangan. Salah satu langkah pemanduan selamat adalah penglihatan yang baik menerusi cermin hadapan. Ikuti lima langkah mudah ini untuk menjaga cermin hadapan kereta:

1. Meletakkan Kereta di Kawasan Teduh

Pastikan anda sentiasa meletakkan kenderaan di kawasan yang teduh kerana pendedahan cermin di bawah cahaya matahari boleh merosakkan kualiti cermin kereta anda. Hal ini kerana cahaya matahari akan mengurangkan daya ketahanan cermin hadapan akibat lapisan pelindung cermin akan mudah rosak dan retak.

2. Jangan Menghempas Pintu Kereta

Anda mempunyai tabiat menutup pintu kereta dengan kuat? Segera berhenti melakukan demikian kerana menghempas pintu akan mempercepatkan keretakan pada cermin depan atau lebih teruk keseluruhan cermin depan tertanggal daripada bingkainya.

3. Bersihkan Pengilap Cermin

Ramai pengguna kenderaan mengabaikan penjagaan alat penting iaitu pengilap cermin yang membantu pemandu mempunyai penglihatan jelas semasa hujan.

Alat ini perlu dibersihkan secara kerap kerana terdapat pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu di bawah bilah yang mampu meninggalkan kesan calar pada cermin hadapan dan menjejaskan penglihatan.

4. ‘Coating’ Cermin Hadapan

‘Coating’ cermin hadapan menyebabkan ia tahan lama dan dapat mengelakkan cip, retak, calar dan pecah. Air melekat atau mengalir perlahan pada cermin, cermin menjadi kabur ketika memandu dalam hujan, mempunyai kesan air di sudut-sudut cermin adalah tanda ‘coating’ cermin rosak. Oleh itu, pastikan anda ‘coating’ cermin hadapan di pusat servis bagi menjamin kualiti dan penglihatan anda ketika cuaca tidak menentu.

5. Elakkan Penggunaan Bahan Pencuci Bahaya

Cuci cermin kereta dengan produk yang tidak mengandungi bahan kimia ammonia kerana ia sangat bahaya jika kita menghidu dan boleh merosakkan pelindung cermin. Pastikan anda memilih bahan pencuci yang betul untuk melindungi cermin hadapan kereta anda daripada sebarang kerosakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!