Tips Menyejukkan Rumah Pada Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini menyebabkan rumah anda berasa bahang pada waktu siang mahupun malam. Keadaan ini juga menjadi punca utama ramai berasa tidak selesa berada di dalam rumah serta mengganggu aktiviti harian. Ikuti beberapa tips menyejukkan ruang dalaman rumah seperti berikut:

1. Air Dalam Besen

Tiada penghawa dingin? Jangan risau anda boleh menggunakan kaedah meletakkan air atau ais dalam besen di bilik atau ruang tamu. Ia akan bantu memerangkap atau menyerap segala udara dan haba panas di ruangan tersebut.

2. Gunakan Lampu LED

Penggunaan lampu boleh meningkatkan haba dalam rumah. Anda disarankan untuk menggunakan lampu jenis LED kerana ia lebih mesra alam, murah dan juga tidak mengeluarkan haba. Secara tidak langsung membantu mengurangkan rasa bahang dalam rumah ketika cuaca panas.

3. Menutup Langsir

Tutup langsir tingkap atau pintu gelangsar sekiranya rumah anda mempunyai pancaran cahaya matahari langsung. Dengan langkah ini, cahaya matahari tidak akan menembusi dan memasuki ruang di dalam rumah sekali gus mengelakkan bahang terperangkap.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk memilih warna langsir yang terang kerana ia mampu memantulkan kembali cahaya sementara warna gelap menyerap cahaya dan membuatkan rumah bertambah panas.

4. Gunakan Fabrik yang Sesuai

Bahang yang melampau boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur. Anda boleh menggunakan fabrik cadar yang sesuai seperti yang diperbuat daripada linen atau kapas yang lebih sejuk ketika cuaca panas untuk memberi keselesaan apabila tidur.

5. Menanam Pokok

Menanam pokok di sekeliling rumah boleh membantu menghalang haba terus meresap masuk menerusi tingkap dan bumbung. Ruang yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau biasanya akan lebih sejuk kerana ia menyerap udara panas secara semula jadi ketika proses fotosintesis.

Anda boleh menanam pokok ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp. dan sebagainya untuk membantu mengurangkan rasa bahang dalam rumah serta menyejukkan ruang dalaman.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!