Kenali Jenis Jek Kereta

Jek adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengangkat muatan berat. Ia biasanya digunakan untuk mengangkat kenderaan bagi kerja penyenggaraan dan pembaikan. Sesetengah jek adalah mekanikal, manakala yang lain adalah hidraulik.

Kebanyakan jek mekanikal menggunakan skru atau tuil yang perlu diputar untuk beroperasi. Manakala jek hidraulik menggunakan silinder hidraulik yang diisi dengan tekanan untuk mencipta daya yang mencukupi bagi mengangkat beban berat. Dengan ini, ketahui jenis-jenis jek kereta bagi membantu anda memilih jek sesuai untuk kereta anda seperti berikut:

shopee

1. Jek Botol

Jek botol adalah sejenis jek hidraulik yang mempunyai bentuk seperti botol dengan badan berbentuk silinder. Ia dapat menampung berat dan menaikkan kenderaan lebih tinggi.

Bagi menaikkan jek botol, terdapat tuil naik dan turun menggunakan batang besi. Sementara itu, untuk menurunkan jek, anda hanya perlu putar tombol sehingga sistem hidraulik kehilangan tekanan. Jek botol tidak sesuai digunakan pada kenderaan yang lebih rendah.

d

2. Jek Gunting

Jek gunting merupakan antara jek kereta yang paling banyak digunakan oleh pemilik kenderaan. Ia mempunyai bentuk seperti gunting dan digunakan secara meluas untuk menaikkan kereta tan kecil. Jek gunting senang ditemui di pasaran serta diberi sebagai peralatan kit kecemasan semasa membeli kereta baharu.

Jek ini dinamakan gunting kerana pergerakan naik dan turun jek mekanikal ini sama seperti gunting. Cara penggunaanya sangat mudah di mana anda perlu meletakkannya di bawah titik bicu dan untuk menaikkannya, anda perlu memutar tuil mengikut arah jam. Manakala, untuk menurunkannya pula anda perlu putar tuil ke arah yang bertentangan.

e

3. Jek Buaya

Jek buaya menggunakan sistem hidraulik yang lebih selamat, stabil, senang dikendalikan dan disenggara. Ia merupakan pilihan mekanik profesional dan biasanya digunakan di pusat servis kereta. Jek ini menggunakan mekanisme naik dan turun seperti mulut buaya yang terbuka.

Dimensinya adalah yang terbesar di antara model jek kereta lain dan ia dilengkapi dengan empat roda. Jenis jek kereta ini boleh digunakan untuk semua jenis kereta iaitu kereta biasa hingga ke trak bergantung kepada beban yang dapat diangkat oleh jek.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!