5 Lokasi Kunafa Viral

Kunafa adalah pencuci mulut tradisional yang popular di Timur Tengah. Makanan ini menjadi viral dan kini digemari ramai kerana keenakannya. Disenaraikan beberapa lokasi viral yang patut anda kunjungi untuk mencuba kunafa seperti berikut:

Kunafa Crisp
Sumber : Facebook Kunafa Crisp

1. Kunafa Crisp

Kunafa Crisp yang terletak di Bukit Bintang merupakan antara lokasi kunafa popular yang menjadi tempat ramai berebut untuk cuba sendiri keenakan kunafa yang segar di sini. Disebabkan ia lokasi viral anda yang ingin cuba kunafa perlulah tabah untuk beratur panjang bagi menikmati kunafa yang sangat berkrim dan ranggup.

papa kanafa
Sumber : Facebook Papa Kanafa

2. Papa Kanafa

Papa Kanafa menjadi tempat popular sejak ia viral di media sosial baru-baru ini. Terletak di Kampung Baru, ia menjadi kegemaran ramai kerana keenakan kunafa dengan keju yang membuatkan ramai terliur. Bukan sekadar itu, anda juga dapat menikmati variasi manisan Arab yang sedap seperti Tamria, Rose Chocolate Baklava dan Turkish Delight. Tunggu apa lagi, segera kunjungi sebelum terlewat!

chef
Sumber : Instagram Cheffaez

3. Cheffaez Kunafa

Ingin melihat cara membuat kunafa secara langsung? Kunjungi Cheffaez Kunafa yang terletak di Kuala Lumpur untuk menyaksikan tukang masaknya sendiri menyediakan kunafa lazat bagi pelanggannya.

Bukan saja terkenal dengan kunafanya yang gebu dan berkrim, malah terdapat juga makanan lain yang sedap seperti Lamb Shank, aneka burger, nasi arab dan pasta.

habibi
Sumber : Instagram Habibi Kunafa

4. Habibi Kunafa

Habibi Kunafa menjadi popular bukan sahaja disebabkan kunafa sedap malah chef kacak menarik minat ramai untuk menyinggah di sini. Keenakan kunafa di Habibi Kunafa memang sukar untuk ditandingi kerana ia menawarkan kunafa yang padat dengan keju ‘mozzarella’.

Selain kunafa biasa, anda juga boleh mencuba menu yang mendapat sambutan pelanggan yang tinggi seperti Chocolate Kunafa Mozzarella Cheese, Baloria dan Chocolate Cashew Nuts Baklava yang sangat sedap.

28577963_1419145938191932_147254440902337242_n
Sumber : Facebook Spiced Pumpkin Cafe

5. Spiced Pumpkin Cafe

Spiced Pumpkin Cafe yang terletak di Shah Alam menyediakan kunafa sedap dengan sentuhan yang unik. Kafe ini menawarkan kunafa yang dipadankan dengan aiskrim dan biscoff sebagai menu special. Salah satu menu kegemaran pelanggan di sini adalah kunafa dengan Orange Blossom Tres Leches iaitu krim istimewa yang memenuhi citarasa ala Amerika Syarikat.

Anda juga boleh menikmati aneka hidangan Timur Tengah yang cukup menyelerakan di sini seperti Nasi Mandy dan Nasi Maqlubah. Jangan lupa singgah kafe ini bagi menikmati makanan Timur Tengah yang lazat!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!