Kenali Jenis-Jenis Brek Kereta

Brek merupakan komponen penting dalam kenderaan yang berfungsi untuk mengawal, memperlahankan dan memberhentikan kereta ketika memandu. Namun, ramai tidak mengetahui jenis-jenis sistem brek yang terdapat dalam sebuah kenderaan. Kenali jenis-jenis brek seperti berikut:

1. Brek Dram

Brek dram menggunakan silinder lebar yang dibuka di belakang iaitu sama seperti sebuah dram. Apabila pemandu menekan pedal brek, kasut lengkung yang ada dalam dram ditekan keluar dan menggesel dalaman dram. Ia sekali gus akan menyebabkan kenderaan menjadi perlahan dan menghentikan kereta. Kebanyakan kereta menggunakan brek dram untuk roda belakang dan brek cakera untuk roda hadapan.

2. Brek Cakera

Brek cakera digunakan untuk memperlahankan atau menghentikan putaran roda kenderaan. Ia memberi kuasa berhenti lebih tinggi berbanding brek dram. Penggunaan silinder tekanan di bahagian enjin diperlukan bagi membantu sistem brek dram menahan tekanan tinggi. Justeru, ia digunakan pada roda hadapan bagi kereta pacuan hadapan.

3. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau ‘Anti-Lock Braking System’ adalah satu sistem keselamatan kenderaan yang berfungsi untuk memastikan tayar tidak terkunci di bawah daya pembrekan tinggi. Ia kini terdapat pada kebanyakan kenderaan baharu. ABS merupakan sistem pengawalan brek yang memantau kelajuan pusingan setiap roda seterusnya mengurangkan tekanan hidraulik brek terhadap mana-mana roda yang didapati terkunci.

Jika brek digunakan secara tiba-tiba, ABS akan menghalang roda daripada terkunci untuk mengelakkan tayar daripada tergelincir. Sistem ABS sangat berguna dan membantu apabila memandu di jalan yang basah dan licin.

4. Brek Tangan

Brek tangan atau lebih dikenali sebagai brek parkir menggunakan mekanisme sama dengan brek dram. Ia memastikan kenderaan anda kekal berada dalam keadaan statik. Selain itu, brek tangan juga berfungsi sebagai brek kecemasan untuk menghentikan kenderaan apabila brek utama gagal berfungsi pada situasi tidak diingini.

Pastikan brek tangan ditarik ketika meletakkan kereta terutamanya bagi kereta jenis automatik. Apabila memandu, pastikan brek tangan dilepaskan sepenuhnya dan jika tidak, boleh mengakibatkan ladam brek haus dengan cepat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!