6 Juadah Tempatan Turki Yang Popular di Malaysia

Makanan Turki kini diminati ramai kerana keunikan dan kelazatannya. Terdapat banyak kafe dan tempat makan yang menjual hidangan Turki popular di Malaysia. Berikut disenaraikan antara makanan popular negara Turki yang wajib anda cuba seperti berikut:

omer-haktan-bulut-RorWhjgHcHw-unsplash

1. Baklava

‘Dessert’ paling digemari oleh setiap pelancong di Turki adalah Baklava. Ia merupakan sejenis pencuci mulut jenis pastri yang dibuat daripada lapisan-lapisan filo, kekacang dan mempunyai rasa manis sirap serta madu. Baklava merupakan antara manisan yang popular dan berbeza dari negara Timur Tengah yang lain kerana ia lebih ‘moist’ serta kaya dengan kekacang seperti pistachio, hazelnut, walnut dan sebagainya.

pexels-meruyert-gonullu-6161509

2. Turkish Delight

Turkish delight atau lebih dikenali sebagai ‘lokum’ adalah sejenis manisan yang dibuat dengan tepung dan disalut bersama gula. Ia juga dibuat dengan air limau dan air mawar untuk menambahkan rasanya. Terdapat juga pelbagai perisa lain seperti kacang pistachio, hazelnut, walnut, kayu manis, vanila, coklat dan sebagainya.

menemen
Sumber : Pinterest

3. Menemen

Jika anda seorang yang gemar menonton drama Turki, anda mesti melihat orang Turki gemar makan Menemen semasa sarapan pagi. Makanan yang mudah dimasak dengan telur sebagai bahan utama ini mempunyai kelazatan yang tidak terhingga.

Menemen adalah hidangan telur yang dimakan bersama roti. Ia dimasak bersama tomato, cili, daging, sosej, keju dan telur. Anda wajib mencuba menu sarapan ini jika melancong ke negara Turki atau di kafe berasaskan makanan Turki di Malaysia.

k
Sumber: Takeaway.com

4. Kunefe

Makanan viral sejak kebelakangan ini iaitu Kunefe juga adalah antara makanan popular di Turki. Ia mempunyai tekstur lembut, manis dan berlemak krim di dalam manakala garing serta rangup di bahagian luar. Bahan utama yang digunakan untuk membuat kunefe ini adalah pastri kunefe yang khas diperolehi di negara tersebut.

Expat Guide Turkey
Sumber : Expat Guide Turkey

5. Halva

Halva adalah makanan tradisional negara Turki yang biasanya dihidangkan pada hari istimewa. Ia mempunyai rasa manis dan teksturnya kenyal sedap dimakan semasa ia masih panas. Halva, helva atau halvah diperbuat daripada pes biji-bijan yang juga dikenali sebagai tahini dan gula. Ia mempunyai tekstur yang padat dan rapuh kadangkala berperisa dengan serbuk koko atau vanila. Sesetengah halva juga mengandungi kacang seperti pistachio atau walnut.

pexels-ahmed-aqtai-3652513

6. Kahve

Teh, kopi atau milo adalah minuman yang wajib ada ketika bersarapan di Malaysia. Begitu juga di Turki, Kahve adalah antara minuman popular dan wajib diminum ketika sarapan atau minum petang. Kahve adalah kopi Turki yang dibuat khas menggunakan ‘cezve’. Kopi Turki dibuat tanpa ditapis menggunakan biji kopi yang dikisar halus dan direbus bersama gula dan buah pelaga.

Kopi ini sangat unik kerana ia dihidangkan dalam cawan kecil dan hendaklah sentiasa dibiarkan selama beberapa minit sebelum dihidangkan untuk membolehkan kopi yang dikisar tenggelam ke bahagian bawah cawan dan mendap.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!