Tindakan Awal Apabila Enjin Gagal Dihidupkan

Enjin adalah komponen utama kereta yang menghasilkan keperluan kuasa untuk menggerakkan kenderaan. Terdapat situasi di mana anda mungkin gagal menghidupkan enjin kereta. Ketahui langkah dan cara penyelesaian jika menghadapi situasi tersebut seperti berikut:

1. Tiada Lampu dan Bunyi

Tiada lampu dan bunyi semasa menghidupkan kenderaan adalah tanda bateri kereta rosak ataupun terdapat masalah terhadap sambungan bateri. Periksa dahulu kabel penyambung pada bateri. Jika nat kabel longgar, pastikan anda mengetatkan semula agar bateri berfungsi dengan baik. Selain itu, jika bateri kereta lemah anda boleh menghidupkan bateri melalui kaedah ‘jump-start’.

2. Tiada Bunyi tetapi Lampu Papan Pemuka Menyala

Sekiranya kenderaan anda tidak mengeluarkan bunyi tetapi lampu papan pemuka menyala adalah disebabkan kedudukan gear tidak berada di posisi ‘P’ atau ‘N’. Kedudukan gear selain ’P’ atau ‘N’ tidak membenarkan enjin kereta dihidupkan kerana ia mungkin akan menyebabkan kereta anda ‘meloncat’ atau bergerak dengan sendiri sebaik sahaja ia dihidupkan. Oleh itu, pastikan kedudukan gear berada di posisi betul sebelum menghidupkan kereta.

Selain itu, keadaan ini juga boleh berlaku akibat kerosakan penghidup elektrik atau ‘starter’. Segera hubungi mekanik untuk mendapatkan bantuan lanjut.

3. Enjin Mengeluarkan Bunyi Bising

Bateri yang lemah akan menyebabkan enjin kereta mengeluarkan bunyi bising. Bagi memastikan sama ada bateri lemah adalah punca gagal menghidupkan kereta, anda boleh cuba menyalakan lampu hadapan. Jika ia menyala dengan terang, bateri anda baik dan bunyi tersebut bermakna terdapat masalah pada sambungan kabel atau penghidup elektrik yang tidak baik. Jika lampu malap masalahnya ialah bateri yang lemah dan anda boleh cuba menghidupkan kereta dengan bantuan ‘jump start’.

4. Lampu Utama dan Lampu Hadapan Malap

Alternator memainkan peranan penting dalam sistem operasi kenderaan di mana ia membekalkan cas elektrik kepada komponen kereta seperti lampu, pengelap cermin, radio dan lain-lain. Alternator yang rosak juga akan menyebabkan bateri lemah hingga menyebabkan kereta gagal dihidupkan. Segera lakukan pemeriksaan lanjut di bengkel berdekatan jika anda mendapati alternator rosak.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!