Lokasi ‘Paragliding’ Menarik di Malaysia

Penggemar aktiviti lasak mencuba melakukan aktiviti luncur udara atau lebih dikenali sebagai ‘paragliding’ di Malaysia. Berikut disenaraikan antara lokasi ‘paragliding’ yang mempunyai pemandangan indah dan menarik:

1. Bukit Jugra

Kunjungi Bukit Jugra yang terletak di Banting untuk melakukan sukan mencabar ini. Anda dapat menyaksikan pemandangan alam serta bandar Jugra yang memukau di ketinggian 120 meter dari aras laut.

paragliding’ di Bukit Jugra sangat menarik kerana anda dapat menikmati aktiviti ini selama 10 hingga 15 minit. Jika anda merupakan seorang yang baru berjinak-jinak untuk mencuba ‘paragliding’ maka Bukit Jugra adalah pilihan terbaik dan selamat untuk ‘beginner’! Pastikan anda berpakaian sesuai semasa melakukan aktiviti ini demi menjaga keselamatan diri.

2. Bukit Batu Pahat

Paragliding’ Tandem di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu adalah destinasi paling popular untuk peminat aktiviti lasak bagi merasai pengalaman terbang yang menarik. Bukit Batu Pahat terletak sejam dari Kuala Lumpur dan mempunyai ketinggian sehingga 430m di atas paras laut.

Selain itu, di sini sering diadakan pertandingan ‘paragliding’ dan kursus untuk ‘paraglider’ profesional. Anda boleh melayari laman web untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus tersebut. Anda akan berlepas kira-kira 430m ke udara dan menikmati pemandangan bukit-bukau dan hutan yang sangat menenangkan jiwa.

3. Bukit Kokol

Warga Sabah yang ingin menikmati pemandangan indah negeri ini sambil melakukan aktiviti ‘paragliding’ boleh mengunjungi Bukit Kokol. Terletak 45 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu, tempat ini menyediakan persekitaran yang menyejukkan.

Bagi ‘paragliding’, ia adalah salah satu tempat berlepas tertinggi di negara ini pada ketinggian yang 800m dari paras laut. Anda akan dapat menikmati pemandangan cantik bandar, garis pantainya, pulau-pulau berdekatan dan banjaran gunung di sekitarnya.

4. Pedas

Tapak ‘paragliding’ di Pedas menawarkan pemandangan indah hutan yang menakjubkan dan lautan yang cantik. Terletak di Taman ‘paragliding’ Pedas, berhampiran pembangunan Hijauan Heights di Negeri Sembilan, tempat ini semakin popular kerana pemandangan dan kawasannya yang menakjubkan. Ketinggian berlepas pula adalah sekitar 800m di atas paras laut.

5. Gunung Jerai

Anda wajib mencuba sukan lasak ini dengan terbang dari puncak Gunung Jerai bagi menikmati pemandangan suasana alam semulajadi muka bumi Kedah yang cukup memukau. Penerbangan di udara dengan ketinggian 2,200 kaki dari paras laut di Gunung Jerai akan menyajikan pemandangan sawah padi, gunung, lautan dan pulau yang sangat cantik. Lakukan tempahan awal dengan pihak pengurusan untuk melakukan aktiviti ini kerana ia sentiasa dibanjiri ramai peminat ‘paragliding’.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!