Perbezaan Penyakit HFMD, Chickenpox Dan Monkeypox

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), Chickenpox dan Monkeypox kini menarik perhatian ramai akibat peningkatan kes penyakit ini dalam kalangan ramai. Ketahui perbezaan ketiga-tiga penyakit ini supaya anda lebih berwaspada dan dapat mengambil tindakan sepatutnya seperti berikut:

HFMD
Sumber : specialty.mims.com

HFMD

HFMD berpunca daripada virus yang dikenali sebagai Enterovirus. Ia tersebar melalui cecair atau rembesan hidung, mulut dan tekak, najis dan juga kontak dengan ruam mereka yang telah dijangkiti virus HFMD.
Antara tanda-tanda seseorang mengalami penyakit ini adalah sakit kepala, hilang selera makan, ulser di tekak dan mulut, demam, muntah, ruam serta cirit-birit. Kumpulan yang berisiko tinggi untuk penyakit ini adalah kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.

AboutKidsHealth
Sumber : AboutKidsHealth

Chickenpox

Cacar air atau lebih dikenali sebagai chickenpox adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes). Kebiasaannya, golongan pada peringkat usia kanak-kanak terutamanya berumur 10 tahun ke bawah, remaja dan awal dewasa lebih mudah mendapat cacar air melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti.

Antara simptom biasa cacar air adalah demam dengan bintik-bintik merah pada kulit iaitu pada muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam berubah menjadi lepuh berisi cecair yang menyebabkan rasa gatal. Lepuh akan pecah dan akhirnya mengering. Kebiasaannya, seminggu diperlukan untuk semua lepuh menjadi kering.

Gejala lain bagi penyakit ini adalah mengalami sakit perut, kurang selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan lemah badan. Bagi individu yang menghidap penyakit cacar air juga akan mempunyai batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Monkeypox
Sumber : scitechdaily.com

Monkeypox

Wabak cacar monyet atau lebih dikenali sebagai monkeypox adalah berpunca daripada virus monkeypox. Gejala awal penyakit ini adalah seseorang mengalami selsema, demam, menggigil, keletihan, sakit kepala, lemah otot, bengkak pada nodus limfa yang membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit.

Selain itu, pesakit juga boleh mengalami ruam di bahagian muka dan badan termasuk di dalam mulut, tapak tangan dan kaki. Seperti cacar air, monkeypox juga akan menyebabkan lepuh yang berbentuk mutiara dan berisi cecair dengan bulatan merah. Ia akhirnya akan menjadi kudis dan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Setakat ini negara kita tidak merekodkan gejala monkeypox dalam kalangan rakyat. Namun, mengetahui tanda serta gejala penyakit ini dapat membantu anda mendapatkan rawatan segera.

Ketiga-tiga penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair tubuh pesakit yang dijangkiti. Oleh itu, pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!