Tabiat Pemanduan Yang Menyebabkan Kereta Cepat Rosak

Kenderaan boleh mengalami masalah jika ia tidak dijaga dan dikendalikan dengan baik seperti melakukan penyenggaraan tepat pada masa. Selain itu, tabiat pemanduan juga boleh menyebabkan kereta cepat rosak seperti berikut:

1. Menekan Pedal Minyak dengan Kuat ketika RPM Rendah

Terdapat pemandu yang gemar menekan pedal minyak dengan kuat sejurus menghidupkan enjin kenderaan. Cara pemanduan ini boleh merosakkan kereta akibat berlakunya tekanan tinggi pada enjin kerana minyak enjin belum berada pada tahap optimum.

2. Melanggar Bonggol dengan Laju

Bonggol jalan yang terdapat terutamanya di kawasan perindustrian, sekolah dan perumahan digunakan bagi mengawal kelajuan para pemandu kenderaan. Namun, segelintir pemandu sering melanggarnya dengan kuat tanpa memperlahankan kelajuan yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem suspensi kenderaan.

Selain itu, perbuatan ini juga boleh merosakkan ‘mounting’ dan juga casis kereta. Pastikan anda sebagai pemandu yang berhemah memandu kereta secara perlahan ketika melalui bonggol untuk mengelakkan kerosakan kenderaan yang memakan kos pembaikan yang tinggi.

3. ‘Dry Steering’

Dry steering adalah memulas stereng semasa kereta tidak bergerak (sambil menekan brek). Perbuatan ini boleh mengurangkan jangka hayat tayar kerana tayar kereta boleh haus dengan lebih cepat.

4. Menukar Gear R ke D Terlalu Cepat

Menukar gear daripada R kepada D, atau sebaliknya tanpa menunggu kereta berhenti terlebih dahulu boleh merosakkan sistem transmisi kereta. Hal ini kerana apabila anda menukar gear tanpa kereta berhenti sepenuhnya akan menyebabkan pengapit gelung transmisi menghentikan kereta anda. Ia secara tidak langsung meletakkan tekanan yang tidak diperlukan ke atas transmisi hingga boleh menjejaskan kotak gear.

Oleh itu, pastikan anda membiasakan diri untuk membrek dan menghentikan kereta sebelum menukar gear daripada D ke R atau sebaliknya.

5. Mengabaikan Lampu Amaran

Lampu amaran pada papan pemuka kenderaan adalah satu petanda awal yang menunjukkan terdapat masalah atau kerosakan pada sistem kereta anda. Mengabaikan lampu indikator boleh menyebabkan berlakunya masalah lebih serius kepada kenderaan anda.

Segera lakukan pemeriksaan terhadap komponen kenderaan anda apabila terdapat bunyi pelik atau sekiranya lampu indikator menyala supaya anda dapat mencegah berlakunya kerosakan pada tahap awal.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!