5 Lokasi Aiskrim Viral Di Lembah Klang

Penggemar aiskrim yang ingin mencuba tempat makan pencuci mulut atau ‘dessert’ yang sedap di Lembah Klang boleh mengunjungi lokasi berikut:

creme
Sumber : Facebook Crème De La Crème – CDLC

1. Crème De La Crème

Crème De La Crème merupakan kafe aiskrim yang terkenal bagi penghasilan aiskrim dengan citarasa mewah dan sedap. Aiskrim di sini sangat berkualiti dari segi tekstur dan rasa kerana ia dibuat 100% daripada bahan semula jadi. Tiada bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan digunakan untuk menghasilkan aiskrimnya yang menjadi tarikan utama pelanggan mereka.

creme de
Sumber : Facebook Crème De La Crème – CDLC

Antara perisa aiskrim yang mendapat sambutan pelanggan adalah Barley Lime Sorbet, Aiskrim Nasi Lemak, Unicorn, Forest Log dan sebagainya. Terdapat beberapa cawangan yang boleh anda kunjungi di Lembah Klang iaitu Damansara, Sunway Pyramid, Setia City Mall dan USJ Taipan untuk menikmati aiskrim paling sedap ini.

65358b96-2854-4eda-8292-eff79b28d5af

2. 32 Parfait Malaysia

Aiskrim terkenal di Korea 32 Parfait kini telah membuka cawangannya di Malaysia yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Aiskrim setinggi 32cm ini menarik perhatian peminat ‘dessert’ untuk mencuba kerana ketinggiannya yang unik.

Terdapat banyak perisa aiskrim yang boleh anda nikmati seperti Vanillachoc, Strawmango, Greentea, Yogurt, Beri Biru dan sebagainya. Anda boleh menikmati aiskrim di kafe comelnya jika takut ia mudah cair di luar dengan cuaca panas negara kita.

minus 4
Sumber : Facebook Minus 4 Degrees

3. Minus 4 Degree

Penduduk di sekitar Petaling Jaya yang gemar makan aiskrim, kunjungilah Minus 4 Degree bagi menikmati pencuci mulut enak. Minus 4 Degree menghasilkan aiskrim yang lembut dan enak dengan mengutamakan perisa aiskrim yang seasli mungkin, dan tidak menggunakan pewarna atau perasa tiruan.

minus 4 1
Sumber : Facebook Minus 4 Degrees

Terdapat pelbagai jenis aiskrim yang boleh didapati seperti perisa konvensional iaitu coklat dan vanila serta perisa yang agak jarang ditemui. Selain aiskrim, terdapat juga makanan lain seperti cookies, waffle, brownies, kek, burger dan sebagainya yang boleh dinikmati bersama aiskrim. Minus 4 Degree kini menjadi pilihan ramai dan sesiapa yang mencubanya pasti akan ‘repeat’ lagi.

mokti
Sumber : Facebook Mokti’s HQ Malaysia

4. Mokti’s Ice Cream

Ingin cuba aiskrim dibuat dengan gula apong? Kunjungi Mokti’s yang terletak di Bandar Bukit Tinggi untuk menikmati aiskrim terkenal di negeri Sarawak. Membuka cawangan pertamanya di Perlis, kini Mokti’s mempunyai beberapa cawangan di Kedah, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

mokti q
Sumber : Facebook Mokti’s HQ Malaysia

Keunikan aiskrim di Mokti’s adalah ia tidak mengandungi gula putih, sebaliknya diperbuat daripada 95% gula apong yang dibawa khas dari Sarawak dan 5% susu. Antara perisa aiskrim yang boleh didapati adalah Vanilla Kick, Chocolate, Durian, Caramel Macchiato, Matcha Apong, Pandan Apong dan sebagainya. Anda juga boleh memilih topping kegemaran seperti boba, chocolate rice, bijirin, kepingan madu dan lain-lain.

frozen
Sumber : Facebook FROZEN Ice-Cream

5. FROZEN Ice Cream

FROZEN yang terletak di Bangsar adalah kafe aiskrim yang popular kerana menyediakan aiskrim Australia buatan sendiri. Setiap perisa aiskrim di sini dicipta khas bersama dengan Christy Tania dari MasterChef Australia.

Antara perisa aiskrim yang mendapat sambutan pelanggan adalah Intense Matcha, Musang King, Houjicha by Niko dan Bailey’s Chocolate Swirl. Terdapat juga kek aiskrim, waffle dan pelbagai jenis minuman yang boleh dinikmati jika anda mengunjungi kafe ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!