Tanda-Tanda Penapis Minyak Tersumbat

Penapis minyak adalah komponen utama yang berfungsi untuk membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Pengumpulan kotoran dan bendasing pada penapis minyak akan menjejaskan prestasi enjin. Pengabaian penukaran penapis minyak yang tersumbat boleh mengakibatkan kerosakan pada fungsi enjin. Oleh itu, ketahui tanda-tanda yang menunjukkan penapis minyak mengalami masalah seperti berikut:

replacement of oil filter

1. Prestasi Enjin Merosot

Penapis minyak yang tersumbat akan menjejaskan prestasi enjin kerana ia tidak dapat memberi agihan minyak yang betul kepada enjin. Hal ini akan menyebabkan enjin kurang bertindak dengan baik dan prestasinya menurun. Lakukan penyenggaraan segera untuk memastikan enjin kereta berfungsi dengan optimum.

3

2. Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin

Jika anda melihat lampu amaran tekanan minyak enjin menyala lebih lama daripada biasa, ia menandakan enjin kenderaan anda mempunyai masalah. Ia boleh berlaku akibat kebocoran minyak enjin, pam minyak enjin mengalami kerosakan, suis tekanan minyak mengalami kerosakan atau penapis minyak tersumbat. Penapis minyak tersumbat boleh menjejaskan prestasi enjin serta merosakkannya. Oleh itu, segera ke bengkel berhampiran untuk mendapatkan bantuan lanjut.

3. Bunyi Pelik

Kekurangan minyak akan menyukarkan pergerakan komponen dalaman enjin dan menyebabkan ia bergesel antara satu sama lain. Hal ini akan menghasilkan bunyi bergesel yang sangat kuat semasa enjin berfungsi. Pastikan anda lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan komponen dalaman yang lain.

4. Asap Ekzos Yang Kotor

Penapis minyak yang tersumbat boleh menjejaskan ekzos kereta serta mengeluarkan asap ekzos berwarna hitam atau perang. Hal ini berlaku kerana kereta anda mungkin terbakar bahan api atau minyak hingga menghasilkan bau minyak terbakar. Sekiranya anda terhidu bau tersebut, segera lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan agar juruteknik dapat menggantikan penapis minyak, membaiki sumbatan dalam sistem minyak dan mengeluarkan enap cemar yang masuk ke dalam kereta anda.

5. Pengurangan dalam Kecekapan Bahan Api

Enjin kereta yang tidak berfungsi dengan baik disebabkan penapis minyak yang tersumbat juga akan menyebabkan pengurangan dalam kecekapan bahan api kereta. Enjin berprestasi rendah akan membakar lebih banyak bahan api kerana ia cuba menghasilkan kuasa. Oleh itu, pastikan anda memeriksa keadaan penapis minyak dan menukar kepada penapis baharu jika ia kotor.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!