SPANCO Penaja Bersama Untuk Pelancaran Tukun Kapal Terbang Pertama Malaysia

Pada 19 Mei yang lalu SPANCO telah menjadi penaja bersama bagi pelancaran tukun kapal terbang pertama di Malaysia sebagai inisiatif melunaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR).

photo1654409296

Program yang dinamakan sebagai ‘Malaysia Book of Records: First Aircraft Reef In Malaysia’ telah dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD). Dua kapal terbang ringan pertama tersebut telah diletakkan pada kedalaman 18 meter dari dasar laut Pulau Lang Tengah, Terengganu untuk dijadikan tukun bagi membantu persekitaran habitat hidupan laut.

photo1654409286

Selain menjadi tarikan baharu di pulau tersebut program itu juga telah berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Usaha penenggelaman dua rangka kapal terbang jenis Piper PA-31 Navajo ini adalah bagi meningkatkan kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam marin dalam kalangan pelancong agar tekanan ke atas terumbu karang di sekeliling perairan dapat dikurangkan seiring dengan amalan SPANCO yang sentiasa prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan, Kementerian Kewangan (MOF), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta sokongan strategik daripada Summerbay Resort Lang Tengah, Evenesis dan Gaya Travel Magazine.

photo1654409275

photo1654409262

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!