5 Cara Mengelak Pembuli Jalan Raya

Terdapat banyak kes pembuli jalan raya kebelakangan ini yang bukan sahaja mencederakan mangsa malahah juga kes lebih serius sehingga meragut nyawa mangsa yang terlibat. Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa, ketahui cara untuk mengelak pemandu agresif atau pembuli jalan raya seperti berikut:

1. Mengamalkan Sikap Bertenang

Pemandu yang agresif dan angkuh tidak dapat mengawal emosinya dan mampu mengancam pengguna kenderaan lain. Sebagai pemandu yang berhemah, anda digalakkan untuk mengamalkan sikap bertenang jika menghadap pembuli jalan raya untuk melindungi diri anda. Jika anda memberhentikan kenderaan di bahu jalan, jangan turun daripada kenderaan selagi bantuan tidak tiba.

2. Catatkan Nombor Pendaftaran Kenderaan

Sekiranya anda menjadi mangsa pembuli jalan raya, segera catatkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut agar dapat membantu pihak berkuasa mengambil tindakan sepatutnya. Nombor pendaftaran kenderaan sangat penting untuk mengenal pasti maklumat pembuli tersebut.

3. Menjauhkan Diri daripada Pemandu Agresif

Jika anda bertembung dengan pemandu yang memandu kenderaan dengan agresif atau mempunyai ciri-ciri pembuli jalan raya, pastikan anda menghadapinya dengan sabar. Jangan mengikut atau bertindak seperti yang diinginkan oleh pembuli tersebut yang hanya akan menyebabkan anda terlibat dalam pergaduhan.

Selain itu, anda juga boleh memperlahankan kenderaan dan biarkan mereka mendahului atau menukar lorong supaya anda tidak berada di sebelah satu sama lain.

4. Pasang Kamera Pemuka atau Rakam Video

Anda boleh memasang kamera pemuka atau lebih dikenali sebagai ‘DASHCAM’. Peralatan ini berfungsi sebagai bukti kejadian sekiranya anda terlibat dalam kes pembuli jalan raya.

5. Buat Laporan Polis

Sekiranya anda terlibat dengan pembuli jalan raya, segera melaporkan kejadian tersebut di balai polis berdekatan. Pastikan anda telah mencatatkan nombor pendaftaran kenderaan agar dapat membantu pihak berkuasa mengambil tindakan selanjutnya dengan segera.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!