Lokasi Tarikan Yang Wajib Dikunjungi Di Cameron Highlands

Cuaca panas kebelakangan ini telah meningkatkan bilangan pelancong di Tanah Tinggi Cameron untuk menikmati percutian di tempat sejuk. Selain melancong ke ladang strawberi dan teh, berikut disenaraikan beberapa lokasi lain yang menyeronokkan untuk anda kunjungi nanti:

Ibusyurga
Sumber : Ibusyurga

1. Taman Lavendar Cameron

Ramai suka akan bunga lavendar hingga membeli barang seperti minyak wangi, pewangi bilik, lantai, baju dan sebagainya dengan aroma bunga tersebut. Jika anda ingin melihat kecantikan bunga lavendar, kunjungilah Taman Lavendar Cameron yang terletak di Brinchang.

Facebook Cameron Lavendar
Sumber : Facebook Cameron Lavendar

Keunikan taman ini adalah ia bukan sahaja dipenuhi dengan pelbagai jenis lavendar malah terdapat juga banyak jenis bunga lain seperti ros Jepun, bunga seri pagi, bunga tiga bulan dan bunga daisy pelbagai warna.

Facebppk Lavender Garden
Sumber : Facebook Lavender Garden

Selain itu, taman ini juga sesuai untuk anda mengambil gambar-gambar ‘instagrammable’ yang berlatarbelakangkan bunga-bunga cantik. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual cenderamata, aiskrim perisa lavender dan sebagainya di sini.

Jom Jalan
Sumber : Jom Jalan

2. Taman Flora Cameron

Salah satu tempat yang sangat popular di kalangan pengunjung yang bercuti di Tanah Tinggi Cameron adalah Taman Flora Cameron. Ia merupakan tempat yang sesuai untuk pencinta bunga meluangkan masa dikelilingi pelbagai jenis bunga yang cantik dan menawan.

Klook
Sumber : Klook

Penggunjung boleh mengambil gambar yang menakjubkan di sini kerana mempunyai beberapa tempat yang disediakan sebagai spot ‘OOTD’. Selain itu, pengunjung juga boleh berkelah sambil dikelilingi bunga merah jambu yang terbentang luas.

2
Sumber : Instagram @ch_flora_park

Jangan risau, anda boleh bawa snek untuk berkelah dan pastikan berpakaian cantik untuk bergambar di taman ini.

Facebook Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands 1
Sumber : Facebook Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

3. Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Taman Agroteknologi MARDI adalah antara tempat yang wajib dikunjungi di Cameron Highlands kerana terdapat pelbagai flora tanah tinggi yang popular seperti kaktus, pokok bunga, sayuran dan sebagainya.

Facebook Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands 2
Sumber : Facebook Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Kawasan yang luas ini juga mempunyai tarikan lain seperti English Garden, Taman Bunga, Taman Orkid, Taman Arnab, Taman Rama-Rama, ladang tanaman strawberi, ladang dan kilang teh. Anda juga boleh membeli belah untuk membawa pulang ole-ole ke rumah.

Facebook Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands
Sumber : Facebook Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Terdapat banyak jenis tumbuhan eksotik di sini yang sesuai untuk sesi pembelajaran.

4. The Sheep Sanctuary

Ingin melihat dan menyentuh biri-biri dari Australia? The Sheep Sanctuary yang terletak di Kea Farm mempunyai lebih 20 ekor kambing jinak yang boleh anda usap, beri makanan, bermain dan bergambar. Selain biri-biri terdapat juga arnab yang boleh dilihat, pegang dan bergambar di sini.

Terdapat juga sebuah kafe kecil dengan pemandangan taman di mana anda boleh berehat selepas penat berjalan. Selain itu, anda juga boleh kunjungi kedai yang menjual kaktus, kedai makan Ayahman dan lain-lain yang terletak di kawasan berhampiran The Sheep Sanctuary.

Facebook Cameron Adventurous
Sumber : Facebook Cameron Adventurous

5. Cameron Adventurous ATV & Safari

Bosan melakukan aktiviti yang sama di Cameron Highlands? Kunjungilah Cameron Adventerous ATV dan Safari untuk menambah cabaran semasa melawat tanah tinggi ini. Terletak di Kampung Terla, Cameron Adventerous menyediakan pakej ATV, buggy dan safari ride untuk ke puncak bukit.

Facebook Cameron Adventurous 1
Sumber : Facebook Cameron Adventurous

Anda boleh turut membawa anak-anak untuk menikmati perjalanan dalam ATV menyelusuri ladang teh dengan cuaca yang sejuk.

came
Sumber : Facebook Cameron Adventurous

Perjalanan ke puncak bukit sangat menyeronokkan dan anda boleh mengambil gambar yang cantik berlatarbelakangkan ladang teh.

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

4 Tanda Kerosakan Injap Pengalih Udara Kotak Engkol Positif

Injap pengalih udara kotak engkol positif atau lebih dikenali sebagai positive crankcase ventilation valve (PCV) adalah salah satu komponen dalaman kenderaan yang berfungsi untuk...

Cara Mengurangkan Pencemaran Udara oleh Kenderaan

Pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan menyumbang kepada lebih 70% daripada pencemaran udara di seluruh dunia. Penggunaan kenderaan persendirian adalah salah satu punca berlakunya...

5 Tempat Makan Sushi Halal di Lembah Klang

Sushi adalah antara makanan Jepun yang digemari ramai oleh rakyat Malaysia kerana keenakan serta keunikan hidangan ini. Terdapat banyak restoran halal di Lembah Klang...

5 Punca yang Mengurangkan Jangka Hayat Tayar Kenderaan

Tayar kenderaan memainkan peranan penting dalam menjaga pemanduan serta keselamatan pengguna. Ia adalah komponen yang mengawal stereng, brek dan daya pecutan semasa memandu kenderaan....

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!