Lokasi Bufet Ramadan Lazat

Adakah anda masih mencari tempat yang sesuai untuk berbuka puasa? Selain bazar Ramadan, terdapat banyak hotel yang menawarkan pakej iftar dengan pelbagai tawaran bufet menarik. Bagi memudahkan anda, disenaraikan beberapa lokasi bufet Ramadan yang boleh anda terjah di Lembah Klang:

277308220_10159070498348323_8627146999787567899_n
Sumber : Facebook Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

1. Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Ingin cuba selera lain untuk berbuka kali ini? Kunjungi Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur yang menawarkan pakej bufet Ramadan yang menarik untuk keluarga anda.
Hotel ini menyediakan pelbagai jenis makanan yang bertemakan Selera Rasa Senja pada bulan puasa tahun 2022.

sheraton hotel
Sumber : Facebook Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Kambing Panggang, Roti Jala Nyonya ‘Traffic Light’, Mee Kuali Besar, Itik Salai Masak Cili Padi O’Makden, Ikan Siakap Viral dan lain-lain merupakan antara makanan yang mendapat sambutan pelanggan di hotel ini.

sheraton kambing panggang fb
Sumber : Kambing Panggang, Facebook Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Pelanggan yang ingin menjamu selera di sini boleh membuat tempahan awal menerusi talian atau e-mel bermula pada 6 April hingga 2 May dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati pakej promosi ‘early bird’ dengan hanya pada harga RM128. Ayuh, menikmati makanan yang cukup lazat untuk berbuka di sini nanti!

2. DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside

MK-4
Sumber : Facebook DoubleTree by Hilton Putrajaya

Hotel terkemuka DoubleTree by Hilton Putrajaya menawarkan bufet Ramadan dengan 80 jenis hidangan lazat yang terkenal di setiap 13 negeri Malaysia. Mengambil inspirasi daripada buku tulisan Jules Verne berjudul Around the World in 80 Days, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside menjadikan ia sebagai tema bufet Ramadan pada tahun ini.

Aneka makanan tempatan ini disediakan khas oleh cef eksekutif Mohd Faizal Bin Abdul Ghani. Bukan sekadar itu, bufet Ramadan ini turut disajikan dengan makanan daripada Melayu, Cina dan India yang boleh didapati pada harga RM178.

MK-5-600×375
Sumber : Facebook DoubleTree by Hilton Putrajaya

Nikmati makanan warisan dan tradisional Malaysia seperti Gulai Daging Rusa Kapar, Ketupat Sotong Ganu, Daging Dendeng, Char Kuey Teow, Briyani, Kari Kambing, dan sebagainya. Selain itu, anda juga dapat menaiki belon udara panas apabila berbuka di hotel ini. Tunggu apa lagi? Lakukan tempahan awal bagi menikmati juadah lazat di hotel Hilton bersama insan tersayang anda.

3. Traders Hotel Kuala Lumpur

traders
Sumber : Facebook Traders Hotel Kuala Lumpur

Mendapat inspirasi daripada sentuhan Bonda, Traders Hotel Kuala Lumpur bersedia untuk membawa anda dalam perjalanan kulinari musim kebersamaan ini dengan pelbagai kegemaran tradisional di tengah-tengah bandar.

traders 1
Sumber : Facebook Traders Hotel Kuala Lumpur

Dari 1 April hingga 1 Mei 2022, Hotel Traders akan menganjurkan makan malam bufet Sajian Bonda yang menampilkan hidangan masakan tradisional seperti stesen Ikan Bakar, Kari Laksa Udang Galah, Kambing Seluruh Panggang, Ayam Golek, Ketam Cili Goreng Kuali, Sup Tulang Merah Muar, Asam Pedas Ekor dan Burung Puyuh Goreng Kunyit dan banyak lagi. Bufet Sajian Bonda ditawarkan pada harga bermula dari RM128. Marilah ramai-ramai bersama keluarga dan rakan untuk menjamu selera hotel ini!

4. The Saujana Kuala Lumpur

7-Charcoal-Restaurant-720×540
Sumber : www.eatdrink.my

The Saujana Kuala Lumpur menyediakan bufet Ramadan dengan tema ‘Cita Rasa dan Nostalgia Ramadan’ dari 16 April hingga 12 Mei. Hotel Charcoal menyediakan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa untuk berbuka puasa seperti Kambing Bakar, Shawarma, Ayam Golek, Lok-Lok, Satay, Apam Balik dan sebagainya lagi.

5-Charcoal-Restaurant-720×540
Sumber : Udang Karang Bakar Kerabu Mangga, www.eatdrink.my

Lakukan tempahan awal di laman web atau hubungi mereka di talian hotelnya untuk menikmati makanan pada bulan puasa ini.

5. Selera Ibunda Thyme Out Cafe by Equatorial

[_original, _original]-9d410278cf154b074a81401e57e97e4e
Sumber : www.eatdrinkkl.com
Thyme Out Cafe by Equatorial kini kembali dengan bufet Ramadan yang mengetengahkan konsep ‘Selera Ibunda’ menerusi 100 hidangan berbuka puasa yang menggamit memori di kampung halaman.

Paling mengiurkan sudah tentu menu sup gear box yang direneh selama 12 jam bersama rempah istimewa selain daging tetel gulai kawah yang biasanya boleh ditemui ketika kenduri kahwin.

[_original, _original]-3c51aa2847775033d2e322af4958252b
Sumber : www.eatdrinkkl.com
Selain itu, antara juadah yang menjadi perhatian termasuk Kambing Masak Hitam, Daging Salai Masak Lemak, Udang Galah Asam Lemak dan Kari Kepala Ikan menanti pengunjung sepanjang Ramadan ini.

Kesemua hidangan menyelerakan ini disediakan oleh cef Mohamad Juzaili Shah Abdoll Rani dan pasukannya yang pastinya menjanjikan pengalaman terbaik ketika berbuka puasa nanti!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!