Tempat Perkhemahan Menarik Malaysia

Kerancakkan semula sektor pelancongan ditambah pula dengan pembukaan sempadan negara, telah memberikan kesempatan untuk semua pelancong menikmati percutian tanpa sekatan. Disenaraikan beberapa tempat perkhemahan menarik di Malaysia untuk anda menenangkan minda dengan dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi:

1. Cozy Leisure Farm Cameron

bertam
Sumber : Facebook Cozy Leisure farm Bertam Valley

Dikelilingi oleh taman menghijau yang menghadap ke Lembah Bertam yang indah, Cozy Leisure Farm mempunyai tapak perkhemahan yang diselenggara dengan baik serta dilengkapi dengan tandas bersih, bilik mandi, kawasan barbeku dan Wi-Fi! Terdapat tapak perkhemahan luaran dan dalaman yang ditawarkan bagi pelancong untuk memilih mengikut pilihan mereka.

bertam 1
Sumber : Facebook Cozy Leisure farm Bertam Valley

Pengunjung juga dapat menyaksikan matahari terbit dari keselesaan khemah anda di sini bersama insan tersayang anda.

2. Hammocks By The River

hbtr_03-1024×669
Sumber : www.unfoldadventures.com

Sesiapa yang berjinak-jinak untuk melakukan aktiviti perkhemahan boleh mengunjungi Hammocks by the river di Hulu Langat. Terletak dikelilingi oleh rimbunan pokok yang cantik dan sungai, tempat ini menjadi rebutan pelancong untuk bersantai bersama keluarga.

hbtr_04-1024×669
Sumber : www.unfoldadventures.com

Anda boleh melakukan aktiviti perkhemahan sambil minum kopi dan bersantai dengan menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan ini. Jika anda mempunyai basikal juga boleh dibawa ke sini untuk melakukan aktiviti menarik dengan rakan atau kelaurga anda.

3. Draco Nature Camp

draco 1
Sumber : Facebook Draco Nature Camp

Draco Nature Camp yang terletak di Tapah merupakan tapak perkhemahan yang dikendalikan oleh sepasang suami isteri yang minat dengan aktiviti berkhemah. Tapak perkhemahan ini terletak di tepi sungai yang jernih di mana anda boleh melakukan aktiviti berenang selepas mendaki.

Suasana persekitaran Draco Nature Camp amatlah menarik, dikelilingi oleh sungai di mana sesuai dan selamat bagi semua peringkat untuk mandi manda dan bermain air. Tapak perkhemahan ini dikelilingi hutan hujan tropika dengan mempunyai pemandangan sekeliling seperti tanah tinggi gunung dan bukit bukau.

draco
Sumber : Facebook Draco Nature Camp

Terdapat fasiliti-fasiliti asas yang bersih dan kemas di Draco Nature Camp untuk keselesaan para tetamu yang datang berkunjung seperti bilik air, tandas, kawasan pakir kenderaan ringan, tapak khemah, perpustakan, peralatan BBQ dan juga ruang serbaguna.

4. Rumah Kebun Camping Ground

remuh 1
Sumber : Facebook Rumah Kebun Camping Ground

Walaupun anda baru memulakan aktiviti berkhemah atau tidak mempunyai khemah, Rumah Kebun boleh menyediakan segala keperluan perkhemahan. Apa yang anda perlu lakukan ialah perancangan yang baik untuk mengunjungi tempat ini.

remuh
Sumber : Facebook Rumah Kebun Camping Ground

Ia adalah tempat yang sesuai untuk percutian keluarga kerana mempunyai sungai dan kolam yang berdekatan. Selain itu, terdapat juga fasiliti asas seperti tandas, lubang unggun api dan kawasan barbeku.

5. Ubipadi Leisure

ubi padi
Sumber : Facebook UbiPadi Leisure

Dikelilingi bukit, tapak perkhemahan ini terletak di kebun buah-buahan dengan kolam teratai yang cantik. Terdapat juga kolam kanak-kanak untuk mereka yang ingin berenang dan dua kolam pancing di kawasan berhampiran untuk peminat memancing. Selain itu, mereka turut menyediakan bot, peralatan barbeku, khemah dan basikal untuk disewa agar pengunjung dapat menikmati percutian yang menarik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!