Kegunaan Beg Udara Keselamatan Kenderaan

Beg udara keselamatan adalah sistem perlindungan dalam kenderaan yang digunakan untuk mencegah kecederaan pada pemandu dan penumpang apabila berlaku kemalangan jalan raya. Ia direka khas untuk bertindak serta merta bagi menjaga keselamatan dengan mengurangkan impak kemalangan terhadap pemandu dan penumpang kenderaan.

Beg udara biasanya terdapat di hadapan dan di setiap sisi dalaman kenderaan bagi meningkatkan aspek keselamatan kenderaan. Sekiranya ia tidak digunakan dengan betul boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk terutamanya bagi kanak-kanak yang duduk di kerusi hadapan apabila beg udara terkeluar semasa kemalangan.

Oleh itu, untuk mengurangkan jumlah kecederaan dan kematian akibat kombinasi beg udara dan kedudukan penumpang terutamanya kanak-kanak yang tidak betul, pemandu mestilah sedar akan kaedah penggunaan yang betul.

Fungsi Beg Udara

Beg udara direka untuk mengurangkan impak hentakan hadapan seperti kepala dan dada yang merupakan hampir 50% daripada punca kematian penumpang kenderaan. Ia dikawal oleh Airbag Control Unit yang menerima dan memantau input daripada sensor seperti accelerometer, sensor rempuhan, sensor halaju kenderaan, sensor brek dan juga sensor tekanan kusyen ataupun tali pinggang keledar.

Langkah Keselamatan

Pemandu boleh mengelakkan kecederaan yang berkaitan dengan beg udara terhadap pemandu dan penumpang dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan kritikal yang berikut:

Kanak-Kanak

• Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah perlu duduk di belakang dengan memakai tali pinggang keledar.
• Jangan sesekali meletakkan bayi di dalam kerusi keselamatan yang menghadap belakang di kerusi penumpang hadapan yang mempunyai beg udara.
• Kanak-kanak kecil perlu duduk di kerusi belakang – dalam kerusi keselamatan yang sesuai dengan umur dan saiz mereka.
• Sekiranya kanak-kanak berumur lebih setahun perlu duduk di kerusi penumpang hadapan yang mempunyai beg udara, letakkan kanak-kanak tersebut di dalam kerusi keselamatan menghadap depan, kerusi booster, atau pakaikan tali pinggang keledar yang betul.

Orang Dewasa

• Semua orang hendaklah memakai tali pinggang keledar di bahagian riba dan bahu dalam setiap perjalanan.
• Tali pinggang bahagian riba hendaklah diletakkan di bawah perut dan rendah di pinggang. Bahagian bahu hendaklah terletak pada tulang selangka jauh dari leher dan menyilang tulang dada.
• Tali pinggang bahagian bahu dalam kebanyakan kereta baru boleh diselaraskan pada bahagian tepi supaya lebih sesuai.
• Pemandu dan penumpang yang duduk di hadapan hendaklah duduk sejauh mungkin mengikut kesesuaian terutamanya bagi mereka yang mengandung.

Faedah fungsi beg udara adalah terbaik sekiranya semua orang memakai tali pinggang keledar dan kanak-kanak didudukkan dengan cara yang betul di bahagian belakang. Semua penumpang kereta perlu mengetahui kegunaan dan fungsi beg udara agar dapat menjaga keselamatan diri semasa memandu kenderaan

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!