Sambutan Tahun Baharu Cina Norma Baharu

Sambutan Tahun Baharu Cina bakal disambut dalam norma baharu akibat COVID-19. Walaupun mendapat kebenaran untuk mengadakan sambutannya, orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan demi melindungi diri dan orang sekeliling daripada wabak COVID-19. Dengan ini sebagai peringatan, disenaraikan beberapa SOP perayaan Tahun Baharu Cina yang perlu anda patuhi nanti:

1. Melengkapkan Vaksin

Pastikan anda dan ahli keluarga telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin sebelum melakukan aktiviti ziarah-menziarah saudara-mara pada cuti musim perayaan. Selain itu, pastikan warga emas di rumah anda juga telah melengkapkan suntikan dos penggalak agar dapat melindungi mereka daripada ancaman COVID-19 dengan meningkatkan daya imuniti badan.

2. Mengimbas Kod QR MySejahtera

Tuan rumah pastikan anda menyediakan kod QR MySejahtera apabila mengadakan majlis atau rumah terbuka bagi menyambut Tahun Baharu Cina. Ia sangat penting untuk membantu anda dan pihak kerajaan dalam pengawasan penularan wabak COVID-19. Ia juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Pastikan semua tetamu anda telah mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki rumah. Dengan melakukan demikian kita dapat mengawal dan mengambil tindakan awal jika berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan.

3. Menjaga Penjarakan Sosial

Tanpa disedari kita mungkin mengabaikan penjarakan sosial apabila mengunjungi sahabat handai atau saudara mara di rumah terbuka akibat terlalu gembira dapat bersemuka kembali setelah sekian lama.

Namun, pastikan anda sentiasa menjaga penjarakan fizikal semasa berada di tempat yang sesak bagi menghindari penularan wabak COVID-19. Amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain khususnya apabila melawat tempat ibadat pada hari perayaan.

4. Memakai Pelitup Muka

Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya apabila menziarahi rumah saudara mara atau rakan. Pastikan anda memakai pelitup muka berganda untuk mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus merbahaya yang cepat merebak melalui udara. Jangan sesekali menanggalkan pelitup muka dan berborak lama walaupun ia merupakan seseorang yang anda kenali bagi melindungi diri anda daripada penyebaran virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!