3 Tips Elak Kemalangan

Kadar kemalangan jalan raya yang semakin meningkat terutamanya apabila menjelang musim perayaan boleh dielakkan sekiranya kita mengamalkan peraturan dan mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya. Berikut ialah tiga tips yang boleh anda ikuti untuk mengurangkan kemalangan dan mengamalkan pemanduan selamat:

1. Kurangkan Titik Buta

Titik buta adalah kawasan disekeliling kenderaan yang tidak boleh dilihat secara langsung oleh pemandu. Tujuan menyesuaikan cermin sisi dan belakang ialah untuk kita dapat melihat ke belakang, kiri dan kanan bahu jalan dengan jelas tanpa perlu menolehkan kepala secara kerap. Bagaimanapun medan yang tidak kelihatan oleh mata kita (blind spots) masih tetap ada. Justeru, untuk mengurangkan risiko yang disebabkan oleh titik buta, maka:

  • Sesuaikan cermin sisi kenderaan bagi mengurangkan titik buta dan meluaskan had penglihatan anda ketika memandu kenderaan.
  • Elakkan berada di zon titik buta kenderaan lain.
  • Pastikan pemandu kenderaan lain dapat melihat kemunculan kereta anda bagi mengelakkan kemalangan.

2. Peka dengan Jarak Kenderaan

Kemalangan bertindan yang membabitkan deretan kenderaan berlaku disebabkan kelewatan tindak balas kumulatif pemandu terbabit yang tidak sempat menekan brek tepat pada masanya. Keadaan ini dapat dielakkan dengan:

  • Melihat jauh ke hadapan untuk memastikan jarak selamat.
  • Menyentuh brek (tap) jika anda melihat lampu brek tiga atau empat kenderaan di hadapan menyala.
  • Lebih besar jarak antara kenderaan, lebih banyak masa untuk pemandu bertindak balas terhadap situasi bahaya.

3. Sedia Menghadapi Kemungkinan

Menjangka sesuatu perkara yang akan berlaku ketika memandu dapat mengurangkan risiko kemalangan. Oleh itu, pastikan anda:

  • Tumpukan perhatian kepada pemanduan.
  • Memandu dengan zon jangkaan (anticipation zone) yang besar.
  • Pandang ke hadapan sejauh mungkin.
  • Luaskan medan penglihatan termasuk di sekeliling kereta.
  • Sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Dengan mempraktikkan tip mudah tersebut dalam amalan pemanduan seharian anda mampu mengurangkan kemungkinan terlibat dalam kemalangan. Sikap berhemah ketika memandu dan sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan juga dapat menjamin keselamatan pemandu dan penumpang. Oleh itu, marilah sama-sama menjadi pemandu berhemah!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!