Kerjasama Antara SPANCO Dan ILPKP Menguruskan Kenderaan Yang Terjejas Akibat Banjir

Ramai yang terkesan akibat banjir yang melanda beberapa negeri pada hujung bulan Disember 2021. Sebahagian besar mangsa banjir terpaksa menanggung kerugian yang dahsyat kerana kerosakan harta benda seperti kereta, rumah dan peralatan serta perkakasan di dalamnya.

Terdapat sebanyak 49 biji kenderaan pelanggan SPANCO yang meliputi pelbagai jenis model iaitu Proton X70, Proton Perdana, Proton Preve, Proton Persona, Honda Civic dan lain-lain turut terjejas akibat banjir dan dihantar ke Pusat Servis untuk melakukan kerja pembaikan.

Bagi mempercepatkan proses pembaikan kenderaan, SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) selaku rakan strategik dan latihan SPANCO dengan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Menerusi program ini, pelatih automotif dari Semester 3 telah terlibat untuk menguruskan kenderaan pelanggan yang terjejas akibat banjir.

Seramai 20 orang pelatih Semester 3 ILPKL telah bekerjasama dengan SPANCO dari 27 Disember 2021 hingga 14 Januari 2022 dalam membantu menyenggara kenderaan-kenderaan tersebut.

janu

Seramai 10 orang pelatih telah berkhidmat di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan 10 orang lagi di Pusat Servis Wilayah di Bandar Baru Bangi. Pelatih-pelatih ini telah membantu juru teknikal SPANCO dalam menguruskan dan membaiki semua kenderaan yang terlibat dalam banjir.

SPANCO amat menghargai kerjasama dan bantuan daripada Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dalam membantu menguruskan kenderaan yang terjejas dengan banjir. Pada masa yang sama, kami mempercayai bahawa pendedahan ini amat berguna kepada pelatih untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang pembaikan dan penyenggaraan kenderaan serta melahirkan pekerja yang berkemahiran kelak.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!