4 Tanda Anda Perlu Menukar Penapis Minyak

Penapis minyak adalah komponen utama yang berfungsi untuk membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Ia akan memastikan kotoran dan bendasing yang boleh menjejaskan prestasi enjin ditapis terlebih dahulu bagi, mengelakkan geseran pada pergerakan enjin dan membantu penjimatan bahan api.

Keperluan Menukar Penapis Minyak

Lama-kelamaan, penapis minyak akan menjadi kotor dan tersumbat kerana ia memerangkap banyak habuk, kotoran, zarah udara dan lain-lain partikel yang menjejaskan prestasi enjin. Hal ini berlaku kerana penapis minyak yang tersumbat akan menyukarkan proses pembersihan minyak enjin. Oleh itu, penukaran penapis minyak perlu dilakukan setiap kali anda melakukan penyenggaraan kenderaan di pusat servis.

Tanda Penapis Minyak Perlu Diganti

1. Enjin Sukar Dihidupkan

Injektor bahan api berfungsi membekalkan minyak yang diperlukan untuk menghidupkan enjin. Jika enjin kereta anda sukar dihidupkan ataupun tidak dapat dihidupkan langsung, kemungkinan besar injektor tersebut tersumbat. Hal ini menunjukkan penapis minyak mengalami kerosakan dan memerlukan penukaran segera.

2. Enjin Mati Ketika Memandu

Jika enjin kehilangan kuasa secara mengejut ketika memandu, ia mungkin berpunca daripada penapis minyak tersumbat atau bermasalah. Penapis minyak kotor boleh menjejaskan agihan minyak dan mengurangkan prestasi enjin.

3. Bunyi Bergesel

Kekurangan minyak dalam enjin akan menyukarkan pergerakan komponen dan menyebabkan ia bergesel antara satu sama lain. Hal ini akan menghasilkan bunyi bergesel antara komponen dalaman semasa enjin berfungsi.

Oleh itu, sekiranya anda mendengar bunyi bergesel semasa memandu kereta, segera lakukan pemeriksaan di pusat servis bertauliah untuk pemeriksaan lanjut dan mengelakkan berlakunya kerosakan komponen dalaman yang lain.

4. Ekzos Kotor

Penapis minyak yang tersumbat akan mengeluarkan asap ekzos yang berwarna hitam. Ia juga akan menghasilkan bau minyak terbakar yang boleh menyelubungi ruangan dalam kenderaan. Sekiranya anda terhidu bau tersebut, segera lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan agar juruteknik dapat menggantikan penapis minyak, membaiki sumbatan dalam sistem minyak dan mengeluarkan enap cemar yang masuk ke dalam kereta anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!