Kenali Sistem Brek Kenderaan

Brek merupakan komponen penting kenderaan yang kadangkala kurang diberi perhatian oleh pemandu. Brek berfungsi untuk mengawal, memperlahankan dan memberhentikan kenderaan ketika memandu.

Sistem brek terdiri daripada brek cakera (roda hadapan), brek gelendong atau dikenali sebagai brek dram (roda belakang), hos, silinder utama, brek tangan, penggalak brek berkuasa dan pada sesetengah kenderaan, terdapat sistem brek anti-kunci (Anti-Lock Bracking System – ABS). Pengabaian terhadap penjagaan komponen ini boleh mengundang padah. Misalnya, hos yang merekah atau kabel brek yang berkarat boleh mengakibatkan brek gagal berfungsi. Pengguna kenderaan perlu mengetahui sistem brek pada kereta agar dapat sentiasa berwaspada sekiranya berlaku sebarang kerosakan.

Jenis Brek

• Brek Dram

Mempunyai berbilang komponen berbanding brek cakera dan lebih sukar diservis. Komponen yang biasanya perlu ditukar ketika penyenggaraan ialah ladam brek. Kebanyakan kereta menggunakan brek dram untuk roda belakang dan brek cakera untuk roda hadapan.

• Brek Cakera

Komponen yang biasa ditukar ketika menyenggara brek cakera ialah pad brek. Brek cakera memberi kuasa berhenti lebih tinggi berbanding brek dram. Justeru, ia digunakan pada roda hadapan bagi kereta pacuan hadapan.

• Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

Sistem pengawalan brek yang memantau kelajuan pusingan setiap roda seterusnya mengurangkan tekanan hidraulik brek terhadap mana-mana roda yang didapati terkunci.

• Brek Tangan

Brek tangan menggunakan mekanisme serupa dengan brek dram. Pastikan brek tangan ditarik ketika meletakkan kereta terutamanya bagi kereta jenis automatik. Apabila memandu, pastikan brek tangan dilepaskan sepenuhnya dan jika tidak, boleh mengakibatkan ladam brek haus dengan cepat.

SisBrek04

Penjagaan Brek Secara Ringkas

Pemeriksaan brek yang sering dilaksanakan oleh SPANCO meliputi:

•Paras bendalir brek
•Kabel brek (jika ada) untuk mengesan karat dan bocor
•Hos brek untuk sebarang rekahan
•Pelapik brek untuk kelusuhan atau kesan kebocoran
•Bearing roda
•Brek tangan

Selain itu, pemandu harus peka terhadap tanda-tanda kerosakan pada brek seperti berikut:

•Bau hangit pada tayar
•Bunyi nyaring
•Pedal brek yang kurang anjal
•Kereta terpesong apabila membrek

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, segera hantar kereta untuk pemeriksaan di pusat servis yang berhampiran.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!