Peka Terhadap Risiko Bahaya Di Jalan Raya

Etika pemanduan yang betul sangat penting bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Pemandu kenderaan perlu sentiasa peka akan risiko bahaya di jalan raya agar dapat mengelakkan situasi tidak diingini berlaku. Dengan ini, mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan cara pemanduan yang berhemah serta peka dengan keadaan sekeliling dapat menyelamatkan anda daripada terlibat dalam kemalangan. Disenaraikan beberapa situasi yang perlu anda awasi semasa memandu kenderaan seperti berikut:

1. Trafik Waktu Puncak

Jalan raya selalunya sesak dengan kenderaan yang banyak pada waktu puncak. Pemandu kenderaan perlu sentiasa peka pada waktu ini dengan mengawal kelajuan semasa memandu. Awasi kelajuan kereta dan perlahankan pergerakan kenderaan apabila jalan raya semakin sesak pada waktu puncak ini. Ia penting bagi melindungi diri dan pengguna jalan raya lain daripada terlibat dalam kemalangan.

2. Dua Lorong Menjadi Satu

Seringkali terdapat banyak pembinaan jalan raya dilakukan bagi menaik taraf jalan yang sedia ada. Ia juga dilakukan untuk memperbaiki keselamatan dan keselesaan memandu. Namun proses pembinaan ini memakan masa yang lama dan memerlukan kerjasama pengguna jalan raya bagi mengelakkan berlaku situasi tidak terduga.

Oleh itu, pemandu kenderaan perlu peka dengan keadaan jalan raya terutamanya di kawasan pembinaan bagi menjamin keselamatan pemanduan. Sentiasa awasi lorong anda terutamanya apabila terdapat lorong ditutup untuk pembinaan.

3. Kehadiran Kanak-Kanak di Jalan Raya

Salah satu punca kemalangan jalan raya yang melibatkan kanak-kanak berlaku adalah akibat sikap kecuaian pemandu. Pastikan anda melihat kehadiran kanak-kanak apabila memandu di kawasan perumahan. Sentiasa beri perhatian disekeliling kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan supaya tiada kehadiran kanak-kanak.

4. Berhampiran Persimpangan Lampu Isyarat

Hampir 70% kes kemalangan di negara kita berlaku adalah disebabkan melanggar lampu isyarat merah. Pengguna selalu mengabaikan lampu isyarat di jalan raya terutamanya apabila ia bertukar merah dengan memecut tanpa menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain. Pastikan anda memperlahankan kenderaan di persimpangan lampu isyarat dan apabila lampu isyarat berwarna kuning untuk memberi ruang kepada pengguna jalan raya lain.

5. Berhampiran Perhentian Bas

Sentiasa memandu perlahan apabila anda melalui kawasan berhampiran perhentian bas kerana kenderaan berat tersebut mempunyai titik buta yang sangat besar. Selain itu, terdapat pengguna jalan raya yang biasa melintas untuk menaiki bas di kawasan itu. Bagi mengelakkan berlakunya kemalangan, anda perlu mengawal kelajuan ketika melalui kawasan ini.

6. Berhampiran Sekolah, Taman, Permainan Atau Pusat Komuniti

Kawasan berhampiran sekolah, taman perumahan, taman permainan, pusat komuniti dan sebagainya merupakan kawasan sibuk yang mempunyai pergerakan orang ramai. Pemandu kenderaan perlu memandu secara perlahan di kawasan tersebut bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Pastikan anda mematuhi had laju yang ditetapkan ketika melalui kawasan-kawasan tersebut.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!