Lokasi Kunjungan Muzium Menarik Di Malaysia

Bulan Disember merupakan bulan kegemaran ramai untuk menikmati percutian bersama keluarga atau rakan-rakan. Terdapat banyak tempat menarik dalam negara yang boleh anda kunjungi untuk meluangkan masa bersama mereka terutamanya dengan melawat muzium-muzium bersejarah. Disenaraikan beberapa muzium popular dalam Malaysia yang wajib anda kunjungi seperti berikut:

1. Muzium Warisan Baba & Nyonya

nyonya 5heeren
Sumber : Instagram @5heeren

Baba dan Nyonya atau kaum Peranakan amat terkenal di negeri Melaka. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui sejarah, identiti dan budaya Peranakan, anda boleh mengunjungi Muzium Warisan Baba Nyonya yang terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Pelancong juga dapat melihat gaya pakaian, makanan, adat perkahwinan, perabot mereka yang unik, masakan dan sebagainya di bangunan klasik ini.

2. Galeri Brooke

brooke galeri 1
Sumber: Facebook The Brooke Gallery at Fort Margherita

Galeri Brooke di Kubu Margherita, Kuching merupakan salah satu monumen bersejarah yang paling terkenal dan menjadi mercu tanda di Bandaraya Kuching. Ia telah dibina pada tahun 1879 dengan gaya reka bentuk kubu Inggeris di zaman Renaissance oleh Charles Brooke, Raja Sarawak. Bangunan bersejarah ini dinamakan ‘Margherita’ sempena mengambil nama isteri kesayangan Charles Brooke iaitu Margaret Alice Lili de Windt.

brooke
Sumber: Facebook The Brooke Gallery at Fort Margherita

Bangunan berbentuk segi empat ini pada asalnya dibina sebagai tempat penempatan tentera, penyimpanan senjata, menara kawalan dan penjara. Kini galeri ini dijadikan muzium yang mempamerkan barangan dan artifak daripada keluarga Brooke yang memerintah Sarawak selama lebih satu abad sebelum menyerahkan Sarawak kepada British selepas Perang Dunia Kedua. Para pelancong boleh mengunjungi galeri ini untuk mengetahui lebih lanjut sejarah pembinaan Kubu Margherita dan pemerintahan Charles Brooke di Sarawak.

3. Muzium Perak

perak 1
Sumber : Facebook Muzium Perak Taiping Rasmi Page

Ingin mengenali sejarah negeri Perak? Kunjungi Muzium Perak yang terletak di Taiping untuk mengenali sejarah perlombongan bijih timah dari abad ke-19. Muzium yang dibina pada zaman penjajahan British ini sentiasa menerima kunjungan pelancong terutamanya pada musim cuti. Seni bina bangunan Muzium Perak mempunyai pengaruh bangunan masyarakat ‘moor’ di India yang digabungkan dengan seni bina ‘neo-classical’ dan ‘victorian’ masyarakat Eropah.

muzium perak
Sumber : Facebook Muzium Perak Taiping Rasmi Page

Muzium ini mempamerkan peralatan perlombongan bijih timah dan dokumen sejarah dari zaman kegemilangan perlombongan bijih timah di bandar ini. Selain itu, terdapat lebih daripada 8,000 koleksi yang terdiri daripada koleksi barangan kebudayaan, arkeologi dan alam semula jadi di negeri Perak.

4. Muzium Bukit Besi

bukit besi
Sumber : Facebook Muzium Bukit Besi

Muzium Bukit Besi yang baru dibuka pada bulan Oktober di Dungun, Terengganu merupakan muzium sejarah perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara. Terdapat koleksi khazanah dan maklumat lengkap perlombongan bijih besi di kawasan tersebut yang pernah beroperasi hampir 60 tahun bermula tahun 1916 di muzium ini.

bukit besi 1
Sumber : Facebook Muzium Bukit Besi

Selain itu, dengan artifak sejak akhir 1920-an, pengunjung boleh mempelajari cara bijih besi dilombong dan diproses sebelum dieksport ke luar negara. Pameran ini juga mempunyai gambar peralatan perlombongan dan bekas pekerja, lokomotif lama serta data demografi warga asing yang dilahirkan di sana. Pelancong juga boleh membeli cenderamata di muzium ini sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.

5. Muzium Telekom

unnamed
Sumber : my.worldorgs.com

Muzium Telekom yang kini dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara terletak di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu muzium terkenal di Lembah Klang. Muzium ini memaparkan sejarah sistem telekomunikasi di dunia yang bukan sahaja melibatkan telefon malah haiwan, surat, gong dan sebagainya sejak zaman purba.

muzium telekom my.worldorgs.com 2
Sumber : my.worldorgs.com

Terdapat dua galeri yang mempamerkan sistem telekomunikasi di mana galeri tingkat bawah mempersembahkan sistem komunikasi yang klasik dan bersejarah manakala di tingkat atas pula menempatkan sistem telekomunikasi zaman teknologi seperti komputer, tablet dan sebagainya. Pengunjung muzium ini turut disajikan dengan pengalaman mendengar sendiri situasi atau penerangan-penerangan tentang sesuatu sejarah melalui gagang-gagang telefon atau bunyi audio yang terdapat di sepanjang laluan galeri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!