Tips Keselamatan Di Tempat Letak Kenderaan

Kawasan meletak kenderaan terutamanya di tempat sunyi boleh mengundang bahaya dan mengancam keselamatan. Pengguna kenderaan perlu lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling apabila meletakkan kenderaan di tempat sebegini. Bagi menjaga keselamatan anda disenaraikan beberapa tips untuk melindungi diri:

1. Pilih Kawasan Letak Kereta Yang Selamat

Ruang meletak kenderaan di kawasan tertutup seperti di dalam bangunan pusat beli-belah atau tempat pekerjaan merupakan kawasan yang berisiko tinggi. Pemilihan petak meletak kereta yang sesuai dan selamat sangat penting untuk mencegah sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan diri.

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai pilihan, letakkan kereta di kawasan yang mempunyai sistem keselamatan seperti kamera litar, peronda dan peralatan interkom bagi mengurangkan risiko serangan penjenayah.

2. Letak Kenderaan Di Petak Berlampu

Pastikan anda sentiasa meletakkan kereta di kawasan yang mempunyai lampu walaupun anda tiba di sesuatu lokasi pada waktu siang. Hal ini kerana terdapat kemungkinan anda balik lewat pada waktu malam. Bagi mengelakkan sebarang situasi tidak diingini berlaku anda digalakkan untuk meletakkan kereta di petak yang mempunyai cahaya lampu terang.

3. Pastikan Kereta Dikunci

Perkara yang sering dilupakan oleh pengguna kereta adalah mengunci kenderaan mereka selepas parkir. Pastikan pintu dan tingkap sentiasa ditutup serta dikunci supaya penjenayah tidak boleh mencapai pemegang pintu dari dalam kereta.

Selain itu, sejurus masuk ke dalam kereta, kunci segera pintu menggunakan kekunci pusat atau automatik agar dapat mengelakkan serangan.

4. Elakkan Penggunaan Laluan Tertutup

Laluan tertutup merupakan lokasi kegemaran penjenayah untuk bersembunyi dan melakukan serangan pada seseorang. Sekiranya anda meletakkan kereta di petak bertingkat, pastikan anda menggunakan jalan yang mempunyai pergerakan orang ramai untuk melindungi diri daripada serangan orang tidak dikenali.

5. Jangan Letakkan Kereta Di Tempat Tersorok

Lori, van dan kenderaan berat lain sering menjadi tempat untuk penjenayah bersembunyi. Justeru, jangan letakkan kereta di sebelah kenderaan seperti tersebut demi menjaga keselamatan terutamanya apabila anda memandu berseorangan.

6. Pastikan Kunci Sentiasa Di Tangan

Ramai pemandu kereta mempunyai tabiat mengambil kunci selepas sampai di tempat letak kereta mereka. Ia adalah sikap cuai yang boleh mengundang bahaya pada keselamatan diri. Pastikan anda memegang kunci kereta sejurus keluar daripada pusat beli-belah atau tempat kerja sehingga sampai ke lokasi kenderaan bagi mengelakkan situasi tidak diingini berlaku.

7. Jangan Meninggalkan Barangan Berharga

Meninggalkan barang berharga seperti dompet, beg komputer, telefon bimbit dan sebagainya boleh menarik perhatian pencuri. Kesemua barang ini mudah dilihat dari luar dan ia mengundang pencuri memecah cermin tingkap dan meragut barangan berharga tersebut.

Jangan sesekali meninggalkan barang berharga dalam kereta dan sebaiknya anda membawa sekali atau meletakkan di dalam lokar yang disediakan di tempat anda kunjungi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!