5 ‘Staycation’ Menarik Di Lembah Klang

Penantian lama untuk merentas negeri akhirnya dapat dikecapi bermula pada 11 Oktober 2021 setelah lama berkurung di rumah. Orang ramai boleh balik kampung untuk menziarahi ibu bapa dan melancong dalam negara untuk merehatkan minda bersama keluarga dan rakan-rakan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih khuatir untuk melakukan perjalanan merentas negeri, disenaraikan beberapa lokasi ‘staycation’ di Lembah Klang yang boleh memberikan pengalaman baharu untuk anda sekeluarga.

1. PulaiThree Retreat

pulai
Sumber: Facebook Jalan-Jalan Makan Angin

PulaiThree Retreat merupakan antara tempat percutian yang ideal untuk anda sekeluarga yang terletak di atas bukit Kuala Kubu Bharu. Ia juga adalah tempat paling sesuai untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar dan merehatkan minda pada hujung minggu.

Selain menikmati pemandangan alam sekitar yang menakjubkan, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini. Antaranya adalah memasak barbeku, menikmati pemandangan bintang sambil makan malam, menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam sambil bermandi-manda di dalam kolam renang, tidur di bawah langit berbintang dan sebagainya bersama insan tersayang.

pulai 1
Sumber: Facebook Jalan-Jalan Makan Angin

Segala kemudahan dan perkhidmatan asas disediakan oleh pihak pengurusan bagi memudahkan para pelancong menikmati percutian indah dan tenang.

2. Nouri Glass Villa

nouri
Sumber: Facebook Nouri Glass Villa – Hulu Langat

Nouri Glass Villa adalah tempat percutian mewah yang terletak hanya 30 minit daripada bandaraya Kuala Lumpur. Villa peribadi ini boleh memuatkan sebanyak 20 orang untuk percutian bersama keluarga atau rakan kerana ia mempunyai keluasan yang sempurna.

nouri 1
Sumber: Facebook Nouri Glass Villa – Hulu Langat

Dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi yang cantik, villa ini mempunyai landskap yang sangat indah. Para pengunjung juga boleh melawat kebun yang mempunyai pokok durian, manggis, rambutan, betik dan sebagainya berdekatan villa. Terdapat juga kolam renang yang besar dan cantik, patio dengan pemandangan taman, alatan barbeku dan sebagainya disediakan untuk pengunjung menikmati percutian yang sempurna.

3. Anjung Dahlia

anjung
Sumber: Facebook Anjung Dahlia

Adakah anda ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di kawasan penginapan ala kampung? Anjung Dahlia yang terletak di Banting merupakan tempat percutian keluarga yang unik dan selesa untuk merehatkan minda daripada keletihan bekerja.

anjung 1
Sumber: Facebook Anjung Dahlia

Pengunjung dapat menikmati suasana kampung yang tenang dan aman sambil melayan bunyi burung berkicauan di rumah inap desa ini. Terdapat kolam renang bagi sesiapa yang ingin bermandi-manda dan melakukan aktiviti air, kemudahan barbeku, enam bilik tidur yang memuatkan hampir 16 orang dan sebagainya disediakan untuk pengunjung.

4. Villa Samadhi

villa
Sumber: Facebook Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Villa Samadhi yang terletak di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur adalah tempat percutian yang cantik dan indah terutamanya bagi pasangan yang ingin meluangkan masa bersama.

villa 1
Sumber: Facebook Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Terdapat sebanyak lima jenis bilik penginapan yang mempunyai reka bentuk berbeza dengan keunikan tersendiri. Crib, Luxe Crib, Sarang, Luxe Sarang dan The Loft merupakan bilik yang disediakan dengan reka bentuk tradisi Melayu. Kolam renang, kolam ikan, restoran, pondok istirehat dan sebagainya terdapat di villa ini. Villa Samadhi kini menawarkan diskaun sebanyak 30% bagi sesiapa yang membuat tempahan terus melalui laman sesawang rasminya.

5. Amverton Cove Golf & Island Resort

avtcove
Sumber: Amverton Berhad

Amverton Golf & Island Resort adalah tempat penginapan 4 bintang yang terletak di Pulau Carey. Ia merupakan resort yang dikelilingi alam semula jadi dan mempunyai padang golf 18 lubang.

amverton
Sumber: Facebook Amverton Cove Golf & Island Resort

Dikelilingi pokok bakau, tempat ini mempunyai semua ciri semula jadi yang memberikan pemandangan indah. Terdapat juga kemudahan lain seperti spa, gim, kolam renang bagi dewasa dan kanak-kanak dengan gelongsor air, flying fox, ATV rides, paragliding dan sebagainya disediakan bagi pengunjung menikmati percutian sekeluarga yang menarik di resort ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!