Punca Bearing Tayar Rosak

Kenderaan bergegar ketika memandu adalah antara tanda-tanda awal kerosakan bearing tayar. Bearing tayar digunakan untuk membolehkan tayar berputar lancar dengan meminimumkan geseran. Pengabaian penjagaan komponen ini boleh menjejaskan pemanduan dan juga mampu mengakibatkan kerosakan komponen kereta yang lain. Dengan ini, ketahui beberapa punca kerosakan bearing seperti berikut agar anda lebih berwaspada:

1. Gaya Pemanduan

Gaya pemanduan yang agresif boleh menjejaskan fungsi bearing. Mengharungi lopak air, melalui jalan raya berlubang dan berlumpur boleh menyebabkan kerosakan tayar terutamanya bearing. Hal ini kerana terdapat kemungkinan besar bahan cemar seperti habuk, kotoran dan partikel-partikel lain memasuki bearing serta merosakkan fungsi komponen ini.

Four ball bearings isolated on white background

2. Kualiti Komponen

Penjagaan kualiti setiap komponen kenderaan sangat penting agar ia dapat bertahan lama dan berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan kualiti bearing apabila anda melakukan penukaran komponen ini. Pastikan anda membeli dan mengganti bearing yang tulen agar ia mampu menampung beban untuk tayar berputar dengan lancar semasa memandu.

3. Keadaan Jalan Raya

Semakin kerap anda memandu di jalan raya yang tidak rata atau berlubang, makin tinggi risiko berlakunya kerosakan bearing. Hal ini kerana tekanan yang dihadapi oleh bearing akan menyebabkan ia hilang kemampuan untuk mengurangkan geseran pada tayar. Lama-kelamaan, anda akan mendengar bunyi pelik daripada kenderaan yang menunjukkan bearing ini mengalami kerosakan yang memerlukan tindakan segera.

4. Penjajaran Tayar

Penjajaran roda sangat penting bagi memastikan pergerakan tayar kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Penjajaran dilakukan dengan menyesuaikan sudut tayar kenderaan anda supaya ia dihalakan pada arah yang betul mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh pengeluar kenderaan.

Kedudukan tayar yang tidak seimbang akan mengakibatkan bearing mengalami tekanan tinggi hingga menyebabkan kerosakan. Pastikan anda melakukan penjajaran
tayar sekiranya mendapati kenderaan bergerak tidak selari demi mengurangkan risiko kerosakan komponen kereta yang lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!