6 Tempat Pelancongan Budaya Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Ia juga menjadi lokasi pelancongan utama kerana terdapat banyak tempat bersejarah dan merupakan pusat kebudayaan yang menarik. Terdapat banyak lokasi pelancongan budaya di sini yang masih ramai tidak kenali atau terokai sepenuhnya. Disenaraikan antara beberapa tempat popular untuk anda merancang percutian ‘stay-cation’ akan datang seperti berikut:

1. Rumah Tangsi

tangsi
Sumber: Facebook Rumah Tangsi

Salah satu bangunan warisan sejarah Kuala Lumpur yang dijaga dengan baik dan kekal utuh adalah Rumah Tangsi yang terletak di tengah-tengah ibu kota. Bangunan dua tingkat dengan cat kuning ini pasti menarik perhatian orang ramai yang melalui Jalan Kinabalu.

Rumah Tangsi merupakan rumah agam milik Loke Chow Kit iaitu usahawan terkenal dalam bidang perlombongan yang kini menjadi tarikan pelancong dan telah diwartakan sebagai Warisan Negara.

Uniknya tempat ini adalah ia masih mengekalkan ciri-ciri dan seni bina asal untuk memelihara warisannya. Para pengunjung boleh melawat tempat ini dan menyaksikan kecantikan Rumah Tangsi pada bila-bila masa.

2. Batu Caves

pexels-dylan-4456089

Batu Caves yang terletak di Gombak adalah antara tumpuan pelancong yang paling popular di ibu kota. Ia menjadi tumpuan pada musim perayaan Thaipusam yang disambut oleh penganut Hindu setiap tahun.

Uniknya tempat ini adalah terdapat sebanyak 272 anak tangga berwarna-warni yang perlu digunakan oleh pengunjung untuk menuju ke gua kuil yang terletak di tengah-tengah Batu Caves dan menyaksikan keindahan batu kapur. Selain itu, pelancong juga boleh menyaksikan tugu dewa ‘Murugan’ tertinggi di dunia iaitu 140 kaki yang terletak sebelah anak tangga.

3. Tokong Thean Hou

83148814_1550634571781983_6517164352368491432_n
Sumber: Facebook Thean Hou Temple Malaysia

Tokong Thean Hou adalah antara tokong tertua dan terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Jalan Klang Lama. Bangunan tokong yang mempunyai enam tingkat ini menjadi tarikan utama pelancong ke Kuala Lumpur kerana reka bentuknya yang unik dan mereka dapat menikmati panorama bandar raya dari atas tokong.

Tokong Thean Hou yang juga dikenali sebagai Kuil Dewi Syurga telah dibina pada akhir abad ke-20 oleh anggota masyarakat Hainan. Ia telah dibuka secara rasmi pada tahun 1989 untuk pengunjung menjalankan ibadat mereka serta melihat keunikan bangunan ini.

Reka bentuk struktur tokong ini mewakili gabungan gaya seni bina kontemporari dan reka bentuk tradisional dengan hiasan ukiran dan mural yang rumit. Pintu depan pula, mempunyai pintu gerbang bertingkat dengan tiang merah melambangkan kemakmuran dan nasib baik.

4. Panggung Bandaraya DBKL

33814672342_99a67ac779_c
Sumber: Flickr @ClickSnapShot

Panggung Bandaraya DBKL yang berusia lebih 100 tahun adalah antara panggung tertua di Malaysia yang terletak di hadapan Dataran Merdeka. Lokasi ini dijaga dengan baik dan telah dibaik pulih selepas berlakunya kebakaran besar pada tahun 1992.

Panggung ini sering digunakan untuk pementasan teater dan muzikal oleh karyawan tempatan. Para pelancong boleh mengunjungi tempat ini untuk menyaksikan keindahan panggung tertua Malaysia.

5. Muzium Kesenian Islam Malaysia

Portlet-for-galleries
Sumber: https://www.iamm.org.my/

Kuala Lumpur mempunyai banyak muzium yang menakjubkan untuk dilawati oleh para pelancong termasuk Muzium Kesenian Islam Malaysia. Muzium Islam terbesar Asia Tenggara ini terletak di tengah-tengah ibu kota iaitu di Jalan Lembah, Tasik Perdana.

Muzium ini mendapat sambutan hangat pelancong kerana ia mempamerkan kesenian Islam yang mengandungi lebih daripada tujuh ribu artifak Islam dari seluruh dunia. Orang ramai dapat mengenali dan mempelajari sejarah dan budaya Islam apabila melawat muzium ini.

Terdapat perpustakaan sarjana, restoran muzium, kedai cenderamata, ruang aktiviti untuk kanak-kanak, ruang seminar dan sebagainya yang boleh diterokai oleh para pelancong.

6. Bangunan Sultan Abdul Samad

25107855_m-696×473

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur yang biasanya menjadi lokasi utama sambutan Hari Kemerdekaan. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1893 dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian reka bentuknya.

Ia mempunyai ciri reka bentuk ‘saracenic’ yang berasaskan seni bina Moghul dan Moor. Bangunan dua tingkat ini juga mempunyai banyak reka bentuk menarik seperti 3 kubah utama, satu menara jam besar, arked dan lengkungannya yang luas.

Para pelancong boleh mengunjungi bangunan ini untuk menyaksikan keunikan seni bina yang menakjubkan pada bila-bila masa. Ramai pelancong gemar menyaksikan kecantikan bangunan ini pada waktu malam apabila ia diterangi dengan lampu berwarna-warni.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!