Kepentingan Tali Pinggang Keledar

Kecuaian tidak memakai tali pinggang keledar adalah punca utama seseorang mengalami cedera parah termasuk penumpang yang duduk di bahagian belakang kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ramai mempunyai tanggapan salah bahawa hanya penumpang hadapan sahaja diwajibkan memakai tali pinggang keledar. Namun, penumpang di belakang juga harus memakai tali pinggang keledar kerana semua penumpang terdedah dengan risiko sekiranya terlibat dalam kemalangan.

Hal ini kerana hentaman pelanggaran akan menjunamkan penumpang yang duduk di belakang kereta ke tempat duduk hadapan. Hentaman daripada keberatan seseorang penumpang di belakang begitu kuat dan berupaya menolak mereka yang duduk di depan hinggakan terlanggar papan pemuka kereta. Inilah bukti betapa pentingnya penggunaan tali pinggang keledar belakang kerana ia merupakan alat keselamatan yang paling berkesan untuk melindungi seseorang daripada kemalangan jalan raya.

Menggunakan tali pinggang keledar adalah cara paling murah dan mudah untuk mengurangkan risiko kematian sekiranya berlaku kemalangan jalan raya namun ramai masih gagal mengamalkan langkah keselamatan ini. Sebab utama kematian penumpang kereta adalah akibat kecederaan kepala, yang merupakan lebih daripada separuh jumlah kematian yang berkaitan dengan kemalangan kereta.

Hal ini selalunya berlaku apabila penumpang tercampak keluar dari kenderaan melalui cermin hadapan atau apabila mereka terhantuk dengan kerusi atau papan pemuka. Tali pinggang keledar yang dipakai dengan betul akan menyerap hentakan pelanggaran atau menghentikan impak yang tidak diperlukan di bahagian dada dan bahagian bawah badan.

Asian girls are wearing safety belts

Penumpang Kanak-Kanak

Penumpang kanak-kanak yang berada di dalam kenderaan juga tidak terkecuali daripada memakai tali pinggang keledar. Hal ini kerana mereka mudah tercampak keluar melalui cermin hadapan kerana tubuh mereka sangat ringan. Sebagai langkah keselamatan, penggunaan tali pinggang keledar atau kerusi keselamatan kanak-kanak adalah penting sebagai perlindungan mereka apabila terlibat dalam kemalangan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!