5 Promosi Ganjaran Bagi Penerima Vaksin COVID-19

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah bermula sejak awal tahun 2021 bagi membantu mengekang penularan wabak ini dalam kalangan masyarakat dan mencapai imuniti kelompok. Pertambahan kes positif dan kematian harian akibat COVID-19 di negara kita juga semakin membimbangkan.

Bagi membantu inisiatif pihak kerajaan dalam mengurangkan kes harian dan penularan virus ini, orang ramai dinasihatkan untuk mendaftarkan diri bagi menerima vaksin tanpa membandingkan keberkesanan jenis vaksin yang terdapat di negara kita.

Marilah kita sama-sama menyelamatkan dan melindungi satu sama lain daripada penderitaan oleh musuh yang tidak kelihatan ini dengan menerima vaksin pada masa terdekat. Terdapat juga beberapa pihak yang menyokong inisiatif kerajaan dengan menawarkan ganjaran atau promosi untuk mereka telah menerima vaksin.

Disenaraikan beberapa ganjaran yang boleh anda nikmati selepas menerima vaksin seperti berikut:

1. Nestle

Nestle Malaysia telah menganjurkan kempen baru-baru ini dengan menawarkan baucar e-dompet yang berjumlah RM500,000. Kempen menggalakkan rakyat untuk mendapatkan vaksin ini berlangsung dari 15 Julai hingga 22 September 2021.

Individu yang telah menerima dos vaksin pertama atau kedua boleh menyertai kempen ini dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dalam bentuk baucar e-dompet yang bernilai RM20 secara percuma.

Para peserta hanya perlu mengisi borang dan memuat naik imej skrin halaman pendaftaran vaksin atau sijil digital pada profil MySejahtera untuk menyertai kempen ini. Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai kempen ini, anda boleh kunjungi https://www.dearnestle.com.my/ganjaran-vaksin-nestle.

2. Domino’s Pizza

Domino’s Pizza Malaysia kini menawarkan tawaran hebat dalam bentuk promosi piza bagi individu yang telah membuat pendaftaran vaksin atau telah menerima vaksin dos pertama. Kempen Vaksin Domino’s ini berlangsung dari 15 Julai hingga 30 Ogos 2021.

Pelanggan Domino’s boleh menikmati tawaran diskaun hebat dengan membeli dua piza saiz sederhana pada harga RM19 sahaja. Selain menjimatkan sehingga RM44.80 anda juga dapat menikmati piza kegemaran bersama keluarga.

Penerima vaksin hanya perlu kunjungi mana-mana restoran Domino’s Pizza yang berdekatan dengan rumah anda dan menunjukkan status vaksinasi kepada staf sebelum menikmati promosi piza ini. Layari laman web https://www.pizza.dominos.com.my/post/kempen-vaksin-dominos-malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kempen Domino’s.

3. llaollao Malaysia

Peminat llaollao Malaysia yang telah menerima vaksin dos pertama kini boleh menikmati promosi di kiosk berhampiran anda. IIaoIIao Malaysia menawarkan diskaun 15% daripada keseluruhan bil bermula dari 26 Mei hingga 31 Ogos 2021.

Anda hanya perlu menunjukkan status vaksinasi di laman MySejahtera untuk menikmati promosi ini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen vaksinasi mereka, anda boleh melayari laman rasmi Facebook llaollao Malaysia.

4. Bean Jr.

Tahukah anda Bean Jr. sedang menawarkan pencuci mulut kegemaran anda di premis mereka secara percuma sejak bulan Jun lalu. Penerima vaksin dos pertama atau kedua boleh mengunjungi cawangan mereka untuk mendapatkan ‘dessert’ percuma ini dengan hanya menunjukkan status vaksinasi di laman MySejahtera.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh menikmati promosi ini dengan perkhidmatan ‘take-away’ dari premis mereka. Setiap orang hanya boleh menebus promosi ini sekali pada bila-bila masa kerana mereka tidak menetapkan tarikh akhir promosi vaksin. Layari media sosial Bean Jr. untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi yang sedang dijalankan ini.

5. Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA)

Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MAFTA) telah mengumumkan sokongan mereka terhadap usaha kerajaan dengan menawarkan diskaun tiket dan baucar istimewa di semua taman tema dan pusat hiburan keluarga serta taman permainan milik ahli MAFTA pada 31 Ogos 2021.

Tawaran hebat ini hanya diberikan kepada individu yang telah menerima vaksin lengkap bagi menjamin keselamatan mereka daripada penularan COVID-19. MAFTA juga akan mematuhi SOP dengan hanya membenarkan pengunjung berstatus risiko rendah menerusi aplikasi MySejahtera dan telah menerima vaksin lengkap.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!