Punca ‘Power Window’ Kereta Rosak

Pernahkah anda mengalami kesukaran menaikkan cermin tingkap sisi kereta? Masalah ini berlaku apabila terdapat kerosakan pada sistem ‘power window’ yang menyebabkan ia gagal berfungsi. Ketahui beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan ini seperti berikut:

1. Kerosakan Fius

Fuis berfungsi sebagai komponen yang memutuskan arus elektrik bagi meminimumkan kesan litar pintas. Sekiranya fius ‘power window’ rosak atau terbakar, ia akan menjejaskan pergerakan tingkap sisi. Pastikan anda melakukan pemeriksaan terhadap fius tersebut dan gantikannya dengan fius baharu jika ia mengalami kerosakan atau terbakar.

2. Masalah Elektrik

Sistem elektrik ‘power window’ boleh mengalami kerosakan jika terdapat masalah voltan. Ia berlaku akibat terdapat litar pintas yang menyebabkan suis ‘power window’ terbakar lalu menyukarkan pergerakan tingkap sisi. Gantikan suis tersebut agar ‘power window’ dapat berfungsi semula dengan baik.

3. Kerosakan Motor

Setiap ‘power window’ memerlukan motor elektrik untuk menaikkan atau menurunkan tingkap sisi mengikut keperluan pemandu dan penumpang kenderaan.

Terdapat roda gigi di hujung motor elektrik yang menghubungkannya dengan pengatur atau lebih dikenali sebagai ‘regulator’. Apabila anda menekan butang ‘power window’ di pintu kenderaan, ia akan mengaktifkan motor elektrik yang membolehkan ‘regulator’ menggerakkan tingkap sisi. Sekiranya motor elektrik tersebut rosak, maka daya untuk menggerakkan tingkap sisi akan berkurangan.

Lakukan pemeriksaan terhadap komponen ini agar ia dapat dibaiki atau digantikan dengan segera.

4. Masalah ‘Regulator’

Setiap kenderaan mempunyai ‘regulator’ yang membantu anda menggerakkan tingkap ke bawah atau ke atas. Alat ini terdapat di setiap pintu bagi membolehkan pemandu mempunyai kawalan keseluruhan terhadap tingkap kenderaan.

Sekiranya ‘regulator’ tidak berfungsi dengan baik, anda akan mengalami kesukaran untuk menggerakkan tingkap apabila menekan butang tersebut. Segera lakukan pembaikan di pusat servis bertauliah untuk menggantikan ‘regulator’ baharu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!