Tanda-Tanda Alternator Kereta Rosak

Alternator merupakan komponen penting dalam kenderaan yang jarang diberi perhatian sewajarnya oleh pemandu kereta. Ia berfungsi sebagai penjana tenaga elektrik untuk kereta. Pengabaian penjagaan komponen kecil ini boleh menyebabkan ia rosak dengan cepat serta menjejaskan komponen lain kenderaan. Disenaraikan beberapa tanda-tanda awal yang perlu diberi perhatian untuk meningkatkan jangka hayat alternator:

1. Lampu Utama Kereta Semakin Malap

Apabila alternator mula gagal, ia akan kurang membekalkan tenaga elektrik yang secukupnya kepada kenderaan. Kekurangan bekalan tenaga elektrik ini akan menyebabkan lampu kenderaan anda semakin malap.

Sekiranya anda mendapati lampu kenderaan mengalami kerosakan, segera dapatkan bantuan daripada pusat servis bertauliah untuk melakukan pembaikan yang sewajarnya.

2. Lampu Amaran Menyala

Lampu amaran di papan pemuka atau ‘dashboard’ memainkan peranan utama untuk menunjukkan sebarang masalah yang dihadapi oleh komponen kenderaan. Alternator yang mengalami masalah boleh dikenal pasti dengan paparan tanda amaran bateri atau pada sesetengah kenderaan, ‘ALT’ atau ‘GEN’ akan menyala.

Pastikan anda segera melakukan pemeriksaan apabila melihat penunjuk amaran awal ini sebelum berlakunya kerosakan yang lebih serius.

3. Kerosakan Bateri

Gagal menghidupkan kenderaan? Bateri rosak selepas baru ditukar? Ia mungkin bukan berpunca daripada kerosakan bateri tetapi alternator yang mempunyai masalah. Hal ini berlaku apabila alternator tidak mampu membekalkan arus elektrik yang secukupnya untuk mengecas bateri dan ia secara tidak langsung menyebabkan enjin gagal dihidupkan.

Pastikan anda sentiasa menyenggara komponen kenderaan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pada situasi tidak terduga.

4. Kerosakan Aksesori Lain

Alternator yang tidak membekalkan tenaga elektrik yang secukupnya untuk kenderaan akan menyebabkan kerosakan aksesori kereta seperti radio, tingkap, penyaman udara dan lain-lain yang memerlukan tenaga elektrik.

Sukar menaikkan cermin tingkap kereta, radio berhenti berfungsi secara tiba-tiba dan sebagainya adalah antara penunjuk alternator rosak. Sekiranya anda menghadapi masalah demikian, pastikan anda segera menukarkan komponen ini di pusat servis kereta yang berdekatan.

5. Penghasilan Bau Atau Bunyi Pelik

Bunyi di bahagian enjin, bau getah atau wayar terbakar adalah antara tanda amaran awal yang menunjukkan alternator kereta mengalami masalah. Lakukan pemeriksaan awal sekiranya anda mendapati bunyi pelik di bahagian enjin kereta atau menghidu bau getah terbakar supaya dapat menggantikan alternator baharu sebelum berlaku kerosakan komponen lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!