5 Tips Melindungi Kereta Daripada Cahaya Matahari

Cuaca panas terik bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap individu, malah kenderaan yang terdedah pada cuaca panas melampau juga boleh mengalami kerosakan. Jangka hayat komponen kereta seperti bateri, tayar, pengelap cermin dan sebagainya akan semakin berkurangan jika kenderaan anda terdedah lama pada cahaya matahari. Bagi melindungi kereta anda daripada sebarang kerosakan, ikuti beberapa tips yang disenaraikan berikut:

1. Meletakkan Kereta Di Kawasan Teduh

Ramai di kalangan kita meletakkan kenderaan di kawasan terbuka di mana ia terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Pendedahan yang lama juga boleh menyebabkan cat kenderaan semakin pudar.

Bagi meningkatkan jangka hayat cat kenderaan, pastikan anda meletakkan kereta di kawasan yang teduh seperti bawah pokok atau tempat sesuai yang lain.

2. ‘Wax’ Kereta

Cat kereta mudah mengelupas dan merekah jika ia terdedah lama pada sinar matahari. ‘Wax’ kereta mampu membantu mengurangkan berlakunya keadaan ini kerana ia akan memantulkan sinar ultra ungu dan meningkatkan jangka hayat cat kenderaan anda.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa ‘wax’ kereta supaya ia dapat mencegah pemanasan berlebihan pada kenderaan.

3. Gunakan Pembalut Kenderaan

Bagi melindungi kereta daripada sinar ultra ungu dan haba, anda digalakkan untuk menggunakan pembalut kenderaan apabila anda meletakkan kenderaan di kawasan terbuka.

Pembalut ini juga akan melindungi kereta daripada kerosakan komponen lain seperti pengelap cermin, bateri, cat dan lain-lain.

4. Gunakan Cermin Gelap

Penggunaan cermin gelap sangat penting bagi mengurangkan haba dalam kenderaan dan memantulkan sinar ultra ungu daripada cahaya matahari. Lindungi kereta anda dengan penggunaan cermin gelap pada cermin sisi di bahagian kiri dan kanan.

Pastikan anda menggunakan cermin gelap ini dengan mematuhi penetapan kadar ketelusan cahaya tampak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

5. Memeriksa Keadaan Tayar

Tayar yang terdedah lama terhadap cahaya matahari boleh menyebabkan ia mengalami kerosakan reput kering atau ‘dry rot’. Bahagian dinding getah tayar akan semakin keras, rapuh atau merekah dengan cepat jika ia terdedah lama pada sinar ultra ungu.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa memeriksa keadaan tayar bagi memastikan ia berada pada kondisi baik sebelum melakukan perjalanan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!