5 Punca Enjin Kereta ‘Overheating’

Enjin kereta adalah jantung kenderaan yang perlu dijaga dengan rapi agar ia beroperasi lancar. Ramai mengabaikan penjagaan komponen penting ini sehingga berlakunya masalah enjin panas atau ‘overheating’. Sebagai pemandu kereta yang bertanggungjawab adalah penting untuk anda mengetahui punca terjadinya situasi ini seperti berikut:

1. Bahan Penyejuk Kurang

Bahan penyejuk atau lebih dikenali sebagai ‘coolant’ berfungsi sebagai ejen penyejuk dalam radiator yang menghalang enjin daripada mengalami masalah panas melampau.

Kekurangan ‘coolant’ dalam enjin kenderaan akan menyebabkan ia gagal menyerap haba semasa enjin beroperasi. Ia secara tidak langsung akan mengakibatkan suhu enjin meningkat hingga mengalami keadaan panas melampau.

Pastikan anda sentiasa memeriksa takat bahan penyejuk sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi agar ia mencukupi dan berfungsi secara optimum.

2. Kerosakan Radiator

Radiator merupakan komponen penting yang berfungsi sebagai penyejuk sistem operasi enjin. Kerosakan radiator menjadi punca utama berlakunya suhu enjin meningkat dan menyebabkan enjin kenderaan panas serta tidak berfungsi dengan baik.

Kepala penutup rosak, saluran tersumbat, terdapatnya objek asing, radiator bocor dan sebagainya akan mengakibatkan radiator mudah rosak. Anda perlu sentiasa mengawasi keadaan radiator supaya ia tidak mengalami kerosakan atau dapat memperbaikinya sebelum terlewat.

3. Kerosakan Kipas Radiator

Kipas radiator berfungsi untuk mengawal suhu enjin dengan mengeluarkan haba daripada radiator. Kerosakan kipas radiator boleh menyebabkan suhu enjin meningkat dan menjadi punca enjin kenderaan mudah panas kerana ia tidak dapat menyejukkan bahagian radiator.

Pastikan anda sentiasa memeriksa keadaan kipas radiator dan segera menggantikan sekiranya terdapat sebarang kerosakan.

4. Kerosakan Hos Getah

Hos getah adalah komponen yang menjadi laluan pengaliran air untuk bahan penyejuk mengalir ke radiator. Ia sangat penting bagi menjamin suhu enjin kekal pada tahap optimum dan mengelak risiko panas melampau.

Hos getah yang rosak, retak, longgar, bocor atau tersumbat akan menghalang aliran penyejuk dalam radiator sekaligus menyebabkan enjin kereta mengalami panas melampau dan juga menyebabkan kerosakan serius yang lain.

Gantikan hos getah baru jika terdapat sebarang masalah supaya ia dapat berfungsi dengan baik.

5. Termostat Bermasalah

Termostat berfungsi untuk mengatur suhu enjin supaya ia berfungsi dengan baik dan memastikan suhu enjin tidak terlalu panas atau sejuk. Sekiranya suhu enjin panas, termostat akan membenarkan penukaran air yang sejuk dari radiator masuk ke dalam enjin dan air yang panas dari dalam enjin ke radiator.

Oleh itu, termostat yang mengalami kerosakan tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan peningkatan suhu enjin. Sentiasa awasi bacaan suhu enjin dan dapatkan bantuan sekiranya bacaan suhu meningkat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!