6 Alternatif Susu Bukan Tenusu

Susu bukan tenusu merupakan pilihan alternatif bagi individu yang mempunyai alahan terhadap susu tenusu (susu berasaskan haiwan) atau bagi seseorang yang mengamalkan gaya pemakanan vegan. Selain mempunyai kandungan nutrisi dan zat yang tinggi, susu bukan tenusu kini boleh didapati dengan mudah di pasaran. Ketahui jenis-jenis susu berasaskan tumbuhan seperti berikut:

1. Susu Badam

Susu badam merupakan antara pengganti sesuai untuk sesiapa yang tidak suka meminum susu tenusu. Ia mempunyai tekstur ringan dan rasa kacang yang penuh dengan lemak berkrim.

Susu ini sangat kaya dengan kandungan zat dan nutrisi yang sihat untuk tubuh badan. Ia juga mempunyai kandungan gula yang rendah dan vitamin E yang menjadikan ia sesuai diminum oleh sesiapa sahaja terutamanya seseorang yang mempunyai penyakit kencing manis.

Selain itu, susu badam sangat sesuai untuk diminum oleh individu yang menghidap intoleransi laktosa. Anda boleh menggunakan susu badam ketika makan bijirin, dicampurkan dalam ‘smoothie’, kopi, teh dan sebagainya.

2. Susu Oat

Oat bukan sahaja sesuai untuk dimakan, malah ia boleh diminum sebagai pengganti susu tenusu. Susu oat mempunyai kandungan nutrisi tinggi seperti vitamin B, beta-glukan, kalsium, vitamin D, vitamin A, zat besi dan sebagainya yang sangat bagus untuk kesihatan diri.

Terdapat kelebihan tersendiri susu oat iaitu ia mempunyai kandungan serat yang paling banyak daripada susu lain. Kandungan serat sangat penting dalam diet individu yang akan membantu menjaga sistem pencernaan dan mengurangkan kadar kolesterol.

Ia juga sangat bagus untuk diminum oleh sesiapa yang mempunyai alahan terhadap susu kacang soya atau kekacang lain. Susu oat enak dikonsumsi bersama ‘overnight oats’, bijirin, ‘smoothie’, kopi, teh dan lain-lain mengikut selera masing-masing.

3. Susu Soya

Ramai mesti gemar meminum susu soya kerana ia mudah didapati di pasaran serta lebih murah daripada susu bukan tenusu yang lain. Susu soya juga merupakan alternatif yang paling sesuai dan serupa dengan susu tenusu kerana ia mempunyai kandungan khasiat yang sama seperti susu berasaskan haiwan.

Ia mempunyai kandungan kalori yang rendah dan merupakan sumber protein dan kalsium yang baik untuk kesihatan diri.

4. Susu Kelapa

Selain menggunakan kelapa sebagai santan untuk masakan, ia juga telah diinovasikan sebagai susu kelapa untuk diminum sebagai pengganti susu tenusu. Susu kelapa sesuai diminum oleh seseorang yang berdiet kerana ia mempunyai kandungan protein dan karbohidrat yang rendah.

Ia juga enak digunakan dalam makanan seperti oats, ‘chia seed pudding’, ‘smoothie’, ais krim dan sebagainya.

5. Susu Gajus

Susu Gajus adalah antara susu bukan tenusu popular yang diperbuat daripada kacang gajus dan air. Ia mempunyai konsistensi berkrim, kaya dengan kandungan vitamin, mineral, lemak sihat, dan sebatian tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan.

Selain itu, susu gajus juga dapat meningkatkan kesihatan jantung, mata dan kulit serta membantu meningkatkan sistem imun.

6. Susu Beras

Susu beras sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan makanan kerana ia tidak mengandungi kekacang, soya dan gluten. Ia juga mempunyai kepekatan yang rendah daripada susu bukan tenusu yang lain.

Susu ini sangat mudah disediakan dengan hanya menggunakan nasi rebus bersama air dan menambahkan beberapa pemanis pilihan anda. Konsistensi susu yang lebih nipis menyebabkan ia sesuai dimakan bersama makanan harian seperti oat, bijirin, ‘pudding’, ‘smoothie’ dan sebagainya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!