Fungsi ‘Electronic Brake-force Distribution’

Sejajar dengan kempen keselamatan jalan raya ‘Road Safety Awareness Campaign’ oleh SPANCO, PRIHATIN terpanggil untuk sama-sama menyebarkan maklumat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil demi menjaga keselamatan di jalan raya.

Bagi kali ini, kami ingin mengetengahkan fungsi dan kegunaan sistem ‘Electronic Brake-force Distribution- EBD’ atau dikenali sebagai Sistem Pengedaran Tenaga Brek Elektronik yang digunakan untuk meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang.

Fungsi EBD

Pengedaran Tenaga Brek Elektronik adalah lanjutan daripada Sistem Brek Anti-Kunci iaitu ‘Anti-lock Braking System – ABS’. Ia adalah satu teknologi baharu yang digunakan dalam kenderaan bagi mengagihkan jumlah daya brek yang digunakan untuk keempat-empat tayar kereta secara automatik.

EBD juga adalah gabungan penggunaan teknologi elektronik dan hidraulik yang mengubah tekanan yang dikenakan pada brek di setiap tayar untuk memberikan prestasi membrek yang lebih baik dan selamat apabila memandu terutamanya di situasi kecemasan.

Walaupun ABS memastikan tayar tidak terkunci di bawah daya pembrekan tinggi, EBD memastikan bahawa setiap tayar mendapat jumlah daya brek yang tepat. Dengan ini, sistem brek EBD adalah sebahagian daripada ciri-ciri keselamatan yang dianggap aktif kerana ia boleh membantu mengelakkan berlakunya kemalangan dan juga membantu memaksimumkan kuasa pembrekan tanpa menghilangkan kawalan kenderaan.

Cara Penggunaan

EBD adalah sebahagian dari rangkaian teknologi keselamatan pembrekan dan kestabilan yang bekerjasama untuk memaksimumkan prestasi pembrekan dan juga memastikan kereta dapat dikawal di situasi kecemasan.

EBD berfungsi dengan menjadi sub-sistem utama kedua-dua teknologi sistem ABS dan Kawalan Kestabilan Elektronik atau ‘Electronic Stability Control – ESC’.

ESC menggunakan sensor ‘yaw’ untuk mengesan sebarang putaran kenderaan di sekitar paksi menegak bersama dengan sensor untuk membaca input stereng. Apabila sistem ESC mendapati kenderaan sedang menghilang kawalan, ia akan mengeluarkan isyarat dengan memberi tekanan brek melalui sistem EBD ke tayar untuk membawa kembali kereta ke keadaan selamat serta mengelakkan kemalangan.

EBD juga dapat bertindak balas terhadap perbezaan berat tayar, keadaan jalan, atau keadaan pembrekan jauh lebih cepat daripada yang dapat dirasakan oleh pemandu. Ia juga dapat mengubah tekanan pada tayar – yang tidak dapat dilakukan oleh pemandu. Oleh itu, sistem ini sangat membantu para pengguna untuk meningkatkan prestasi membrek di jalan raya atau pada situasi tidak terduga.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!