Peralatan Dan Aksesori Yang Perlu Ada Dalam Kereta

Pelbagai situasi kecemasan boleh berlaku ketika memandu di jalan raya. Bagi persediaan menempuh dugaan yang tidak diingini, ia menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa menyediakan payung sebelum hujan. Ketahui beberapa peralatan dan aksesori penting yang wajib ada dalam kereta seperti berikut:

1. ‘Jack’ dan ‘Lug Wrenches’

Alat penting yang wajib ada dalam kenderaan selain tayar simpanan adalah ‘jack’ dan ‘lug wrenches’. Ia sangat diperlukan ketika menggantikan tayar pancit atau rosak di jalan raya.

‘Jack’ adalah alat yang digunakan untuk menaikkan kereta agar anda dapat menanggalkan tayar, manakala ‘lug wrenches’ digunakan untuk membuka nat tayar anda.

2. Buku Manual Kenderaan

Setiap kenderaan biasanya dibekalkan dengan satu buku manual atau buku panduan yang biasanya menyenaraikan kesemua aspek teknikal kereta secara terperinci. Pastikan anda menyimpan buku ini dalam laci kecil kenderaan supaya ia dapat membantu apabila berlaku kerosakan dan sementara menunggu mekanik tiba.

3. Kunci Pendua Kereta

Kunci pendua kereta bukan untuk disimpan dalam rumah anda. Ia sangat diperlukan semasa kecemasan apabila anda tersilap mengunci kereta bersama kunci di dalamnya.

Letakkan kunci pendua dalam beg tangan, dompet atau mana-mana tempat lain yang selamat untuk kegunaan anda pada situasi kecemasan.

4. Surat Khabar Lama

Adakah anda masih menyimpan surat khabar lama di rumah? Letakkan beberapa keping surat khabar di dalam kereta untuk kegunaan bagi memeriksa takat minyak enjin, mengelap makanan atau minuman yang tertumpah, membersihkan permukaan kotor dan sebagainya.

5. Sarung Tangan

Jangan lupa menyimpan sepasang sarung tangan tebal untuk kegunaan menyentuh bahagian panas di kawasan enjin atau bawah kereta apabila berlaku kerosakan. Ia dapat membantu anda menguatkan cengkaman dan mengurangkan kesakitan tangan semasa melakukan pembaikan kenderaan.

6. Baju Hujan

Cuaca di negara kita sentiasa tidak menentu terutamanya ketika musim hujan. Oleh itu, anda digalakkan untuk menyimpan baju hujan dalam kenderaan supaya boleh melakukan kerja-kerja memeriksa kereta yang rosak di tengah jalan ketika hujan. Ia dapat melindungi anda daripada terkena air hujan atau percikan air di jalan raya.

7. Cecair WD-40

Cecair WD-40 merupakan sejenis bahan pelincir yang digunakan untuk memberi perlindungan dari kelembapan. Ia juga sangat membantu dalam melonggarkan skru ketat yang sukar untuk dilonggarkan.

8. Duit Kecemasan

Ramai kini gemar menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai sehingga tidak menyimpan duit dalam dompet mereka. Duit kecemasan sangat diperlukan apabila anda terkandas di suatu lokasi yang tiada akses pada kegunaan pembayaran tanpa tunai.

Oleh itu, amalkan tabiat menyimpan sekurang-kurang RM50 dalam dompet anda supaya dapat digunakan pada situasi kecemasan. Tanpa kita sedar duit kecemasan juga merupakan perkara wajib ada semasa kita memandu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!