7 Kafe Bertema Unik

Kafe telah menjadi pilihan ramai untuk menjamu selera serta bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Terdapat pelbagai kafe yang menarik perhatian pengunjung terutamanya kafe bertemakan flora, vintaj, ‘old-school’ dan sebagainya. Disenaraikan beberapa kafe bertema yang wajib anda kunjungi untuk menjamu selera dan meluangkan masa berkualiti seperti berikut:

1. Kafe Three Years Old

three eatdrinkkl.com
Sumber: eatdrinkkl.com

Three Years Old adalah sebuah kafe estetik baharu yang terletak di kawasan Bukit Bintang. Lokasi strategik dan bertempat di bangunan berusia 80 tahun ini sangat terkenal kerana makanannya yang lazat.

three 2
Smashed Avocado, Sumber: eatdrinkkl.com

Dihiasi dengan warna putih serta bertemakan estetik, minimalis dan klasik, kafe ini turut meraih pelanggan dengan menu unik mereka. The Smoked Duck Spaghetti, Matcha Latte, Smashed Avocado, salad, pastri dan sebagainya menjadi pilihan utama pelanggan.

2. Mary Jane KL

mj fb
Sumber: Facebook Mary Jane KL

Ingin menjamu selera di tempat yang dikelilingi oleh bunga-bungaan? Mary Jane KL yang terletak di Petaling Street adalah lokasi sesuai untuk anda menikmati makanan sambil mengambil gambar cantik berlatarbelakangkan bunga-bungaan.

Reka bentuk dalaman yang bertemakan merah jambu diikuti perabot elegan, bunga mawar menawan dan kutleri berwarna emas menambahkan keserian pada kafe ini. Menariknya di sini ialah setiap sudut dalam kafe ini adalah ‘instagrammable’ kerana ia dihiasi dengan perabot yang cantik.

mj masak lemak fb
Pasta Masak Lemak Seafood, Sumber: Facebook Mary Jane KL

Burger Daging Lembu Wagyu, Penkek, French Canele, Pasta Masak Lemak Seafood dan sebagainya adalah antara makanan laris.

3. Naj & Belle Bangsar

naj fb
Sumber: Facebook Naj & Belle

Naj & Belle merupakan sebuah kafe berkonsep minimalis yang terletak di Bangsar. Berdasarkan reka bentuk dan hiasan dalaman kafe ini, ia boleh diklasifikasikan sebagai sebuah kafe mewah yang sesuai untuk menjamu selera dengan tujuan tertentu.

Tingkap kaca yang besar ditembusi dengan cahaya semula jadi, pokok-pokok hijau yang menyejukkan mata dan ruang besar yang selesa sangat sesuai untuk menikmati makanan pada waktu pagi atau petang.

kek tembikai
Kek Tembikai, Sumber: Facebook Naj & Belle

Fettuccini Smoked Salmon Pasta, Kek Tembikai, Moroccan Eggs, Squid Ink Spaghetti dan sebagainya mendapat sambutan hangat pelanggan.

4. Ruma Puteh

Ruma-Puteh-3 thesmartlocal.com
Sumber: thesmartlocal.com

Ruma Puteh adalah sebuah rumah yang dijadikan sebagai kafe dengan tema warna putih seperti ‘white house’. Setiap sudut di kafe ini wajar dijelajahi oleh anda kerana kecantikan hiasan dalaman yang unik seperti muzium seni moden.

Pemandangan Kuala Lumpur sibuk, ruang makanan tropika dan taman kecil di luar kafe ini sesuai untuk anda menjamu selera dengan tenang serta mengambil gambar yang cantik.

kacang
Kacang Phool, Sumber: Instagram @rumaputeh

Selain hiasan estetik, anda juga boleh mencuba menu masakan Barat dan makanan Malaysia seperti Nasi Kerabu Puteri Sadong, Laksa Bugis, Kacang Phool, Spaghetti Bolognese, Penne Pesto With Sundried Tomato dan sebagainya.

5. Tujoh Cafe

tujoh fb
Sumber: Facebook Tujoh Cafe

Ingin mengunjungi kafe berkonsepkan vintaj? Tujoh Cafe yang terletak di Petaling Jaya adalah kafe sesuai untuk anda merasakan suasana vintaj yang anda inginkan.

Hiasan dalaman dengan karya seni monokrom, pokok-pokok hijau yang memukau, tingkap kaca besar dengan cahaya matahari, kerusi dan lain-lain hiasan menjadikan kafe ini diminati ramai.

tujoh risotto fb
Risotto, Sumber: Facebook Tujoh Cafe

Menu di Tujoh Cafe pula menampilkan campuran hidangan Asia dan Barat. Terdapat banyak sarapan dan makanan utama untuk dipilih termasuk makanan ringan, pelbagai jenis pasta, sandwic dan burger. Pan-Seared Salmon Glazed with Ebiko, Soft Shell Crab Creamy Tom Yum Pasta, Risotto dan sebagainya adalah kegemaran pelanggan mereka.

6. Currio Cafe Rooster

curio fb
Sumber: Facebook Curio Coffee Roaster

Currio Cafe Rooster adalah sebuah kafe di mana mempunyai kombinasi kafein, yoga dan estetika Jepun. Kafe tersembunyi di Rivercity, Kuala Lumpur telah menarik perhatian penggunjung sejak tahun 2020 kerana lokasinya yang terletak di tingkat atas bangunan lama.

avo curio fb
Avocado Lime Cheesecake, Sumber: Facebook Curio Coffee Roaster

Ia menjadi pilihan ramai untuk berehat dan menenangkan fikiran sambil menikmati kepelbagaian makanan yang disediakan dari kek, pastri dan pencuci mulut lain. Oat Latte and Salted Egg Yolk Croisant, Banana Bread, Brownies, Avocado Lime Cheesecake dan sebagainya telah mendapat sambutan hangat pelanggan.

7. Kafe Kleptokrat

7. klfoodie
Sumber: klfoodie.com

Kafe Kleptokrat adalah sebuah kafe vintaj yang menawan di mana anda boleh bersantai di tepi kolam renang yang cantik. Terletak di Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur, kafe ini merupakan satu-satunya yang dibina berkonsepkan kafe di Australia.

rendang
Rendang Daging, Sumber: Facebook Kafe Kleptokrat

Menu lazat seperti Rendang Daging, Beef Steak Pie, Nasi Lemak Ayam, kek dan sebagainya menjadi kegemaran ramai.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!